Saya pasti majoriti daripada kita hafal surah Al-Asr. Bahkan kanak-kanak
ribena yang riang bermain petang petang di padang atau di bendang kampung di
sebelah utara ataupun yang bermain layang-layang di Johor Bahru jika diminta
membaca surah ini, sudah pasti dapat membacanya dengan cemerlang sekali. Eh.
Ok, dalam bulatan gembira saya tadi, murabbi saya telah memberikan
pencerahan tentang surah yang paling pendek ini. Walaupun hanya 3 ayat, Imam
Hasan al-Banna telah memperincikan huraian surah ini sepanjang 14 muka surat
dalam kitabnya, Tafsir Fi Zilal. Bayangkan betapa dalam huraian yang ditulis
oleh beliau walau hanya 3 ayat yang terdapat dalam surah ini.
Dari sini kita dapat lihat betapa penting surah ini sehingga dapat
ditafsir sedemikian rupa. Al- Asr sendiri membawa maksud 'masa'. Lalu apakah
tentang masa yang sangat penting hingga Allah SWT menciptakan satu surah khusus
di mana Allah SWT telah bersumpah dengan masa. Seperti manusia, masa juga
makhluk. Ini kerana setelah kiamat, masa tidak lagi wujud. Pasti orang Malaysia
semua tahu peribahasa "Masa itu emas". Kalau di Arab, peribahasanya
lain pula, "Masa itu ibarat pedang". Hmm jom kita fikirkan sejenak.
Jika masa itu ibarat emas, maka ia boleh dijual beli. Tapi telah trang tang
tang masa itu tidak boleh dibeli. Jika ia boleh dibeli, pasti semua orang kaya
yang sibuk dengan perniagaan mampu membeli masa untuk diluangkan bersama
keluarga. Maka tiadalah terjadi masalh anak-anak yang terbiar. Betul kan? Jika
masa itu ibarat pedang, maka jika pedang itu tidak digunakan, ia akan
'membunuh' kita. Pada pendapat saya, maksudnya disini, jika kita tidak
menggunakan pedang itu sebaik-baiknya, ia mungkin boleh menjadi sia-sia atau
boleh sahaja kita pula yang terkena akibatnya. Jadi saya rasa perumpamaan ini
lebih baik daripada peribahasa melayu tadi. Tapi tahukah kita bahawa Imam Hasan
al-Banna telah mengumpamakan masa seperti kehidupan. Setiap hari yang kita
lalui, kita tidak akan mendapatkannya kembali. Setiap saat yang berlalu tidak
akan berulang lagi. Jadi saya kira perumpamaan ini lebih tepat untuk
menggambarkan kepentingan masa itu sendiri yang tidak boleh dijual beli mahupun
kembali semula.
Time flies..
Imam Hasan al-Banna juga telah menjelaskan bahawa tanggungjawab manusia
itu sebenarnya lebih banyak daripada jumlah masa yang kita ada. Oleh itu, Allah
telah menjelaskan dalam surah ini tentang mereka yang menggunakan masa dengan
baik dan juga mereka yang tidak menggunakannya dengan baik. Dalam ayat 2 &
3, Allah SWT meng'highlight' ciri-ciri itu. Siapakah mereka yang beruntung?
Iaitu mereka yang
- Beriman
- Mengerjakan kebajikan
- Saling menasihati untuk kebenaran
- Salling menasihati dengan kesabaran
Kenapa mereka yang beriman itu beruntung? Apabila seseorang itu
benar-benar beriman, secara automatik dia faham tentang tujuan penciptaannya.
Maka dia tidak akan menyia-nyiakan hidupnya dengan perkara-perkara lagha. Sudah
pasti dia akan menggunakan masa yang ada untuk mempersiapkan bekalan ke akhirat
nanti. Segala amal soleh pasti dilakukan, segala larangan segera ditinggalkan.
Hatinya sentiasa bersih mengingati Allah. Pendek cerita, dia memang sedang
'bercinta' dengan Allah SWT. Sebagai kekasih Allah, pasti dia akan melakukan
segala suruhan Allah SWT. Sebagai kekasih Allah SWT, pasti dia sentiasa mahu
berdamping denganNya. Sebagai kekasih Allah, pasti dia tahu membezakan antara
hak & batil.
Kenapa mereka yang mengerjakan kebajikan itu beruntung? Apabila
seseorang itu beriman, maka dia perlu membuktikan keimanan dengan amal soleh.
Iman bukan sekadar yakin dengan hati, bukan sekadar pengakuan lisan oleh encik
lidah dan mulut sahaja. Tetapi seluruh anggota badan harus bergerak seiring
dengan hati & lidah untuk mengesakan Allah SWT. Amalan kebajikan bukanlah
sesuatu yang membazir masa sebaliknya jika diambil kira saham pahala yang akan
diperolehi, masa itu merupakan satu pelaburan yang sangat sangat maha berbaloi
buat bekalan di akhirat kelak.
Kenapa pula mereka yang berpesan-pesan itu beruntung? Jika kita imbas
kembali daurah ISK yang kita pernah dapat, pasti kita ingat akan tujuan
penciptaan manusia. Beribadah kepada Allah SWT & menjadi khalifah dimuka
bumi ini. Salah satu 'lasso' atau kaedah kita sebagai khalifah untuk mengajak
seluruh umat manusia untuk tunduk menyerah diri kepada Allah SWT ialah dengan
kaedah lisan. Bukan semua pendakwah mampu memberi ceramah ala-ala Dr Zakir Naik
yang sudah trang tang tang seorang ilmuan yang pakar dalam bidang perbezaan
agama & kepercayaan yang mampu mengislamkan manusia melalui
ceramah-ceramahnya. Bukan juga seperti UAI yang mampu menarik ribuan golongan
muda mengikuti ceramahnya yang amat lah santai namun berisi. Lalu timbullah
alasan "tidak bersedia" , "tidak pandai bercakap" ,
"tidak banyak ilmu agama" dan sebagainya. Lalu atas jalan apakah yang
kita boleh pilih untuk melakukan tugas khaliifah itu tadi? Oleh itu Allah SWT
telah menjelaskan bahawa hanya mereka yang berpesan-pesan dengan kebenaran,
mereka itulah yang beruntung. Jaidi tidak kesahlah jika anda hanya pesan kepada
adik anda untuk pakai tudung sebelum keluar jalan bersama kawan-kawannya atau
pesan kepada kawan anda yang tabiatnya berbohong supaya bercakap benar atau apa
sahaja pesanan yang baik kepada siapa sahaja, anda sudah tergolong dalam
golongan mereka yang beruntung itu. Mudah bukan?
Dan mengapa perlu berpesan dengan kesabaran? Kita selalu dengar sabar
itu sebahagian iman. Lalu mengapa sabar itu menjadi sebahagian daripada iman?
Apakah signifikannya sabar itu sehingga disamatarafkan dengan keimanan
seseorang? Jika anda beriman, anda pasti sabar. Jika anda sabar, anda telah ada
ciri-ciri iman itu. Pernah lihat kucing anda berkelahi dengan kucing jiran
sebelah rumah? Pasti anda perhatikan kucing-kucing itu akan mengembangkan bulu
masing- masing untuk menunjukkan kehebatan masing-masing (mungkin). Kemudian
berlakulah aksi serang menyerang, cakar mencakar, gigit menggigit, kejar
mengejar dan yang sewaktu dengannya. Cuba bandingkan keadaan kucing-kucing itu
semasa ia tidak bergauduh. Comel bukan? Rasa ingin dipicit-picit sahaja
perutnya yang boroi itu. Cuba lihat kucing itu semasa gaduh, menakutkan bukan?
Jangankan mahu picit, pegang pun belum tentu. Bila dengar bunyi kucing hendak
gaduh sahaja, kita lari lintang pukang sebab takut terkena cakarannya. Begitu
jugalah manusia apabila tengah marah. Mudah hilang pertimbangan, seperti hilangnya
pertimbangan kucing-kucing itu tadi. Lalu banyaklah hasutan syaitan semasa kita
hilang pertimbangan itu. Bukan setakat itu erti sabar. Sabar itu boleh dalam
pelbagai bentuk. Apabila Allah turunkan ujian, mereka yang beriman akan sabar
& redha serta yakin dengan ketentuan Allah SWT. Wallahualam.
Gulp