21 September 2012

Syahadah Itu Besar Nilainya


Alhamdulillah semalam saya diberi peluang & kesempatan sekali lagi berbulatan gembira bersama kakak-kakak terchenta. Walaupun kami berada dalam bulatan yang baru, tapi kami telah lama kenal satu sama lain & insyaAllah tiada masalah untuk terus berbulatan gembira. Murabbi kami memulakan bulatan dengan bercerita tentang sahabat Rasulullah SAW yang semasa jahiliyahnya seorang yang sangat handsome, kacak, wangi, sangat kaya, sangat disayangi oleh ibunya. Namun setelah islam, sahabat itu meninggalkan segala-gala kesenangan dunia dibelakangnya. HInggakan sewaktu ingin dikafankan, kain itu tidak cukup untuk menutupi seluruh tubuhnya. Hebatnya sahabat ini sehingga dilantik Rasulullah SAW sebagai duta ke Yathrib (Madinah). Dan tiada satu rumah pun yang tidak diketuk olehnya. Demi menyampaikan syahadah, beliau sanggup meninggalkan hatta ibu  yang dikasihinya.

Jika kita perhatikan, yang dibawa oleh sahabat itu hanyalah ungkapan “Asyhaduallailahaillallah” “Muhammadurrasulullah”. Maka apakah yang menjadi daya penolak kepada sahabat itu untuk meninggalkan segala karat jahiliyah yang setelah sekian lama sebati dalam dirinya & berjaya pula membentuk sahsiah yang sangat osem itu?

Most of us islam sejak dilahirkan lagi. Kita islam sebab ibubapa kita islam. Ibubapa kita islam sebab atuk nenek kita pun islam. Dipendekkan cerita, kita islam sebab keturunan. Jadi apakah anak-anak kita nanti islam juga hanya kerana kita islam? Tahukan kita bahawa kita sangat beruntung kerana telah islam sejak lahir lagi? Tahukah kita betapa kasihannya orang lain yang lahirnya bukan sebagai islam? Kita patut bersyukur kalimah syahadah itu telah didendangkan ke telinga kita sebaik sahaja kita keluar daripada rahim ibu. Kerana kalimah itu sahaja yang boleh menyelamatkan kita daripada kesesatan di bumi ini.

Apa ada pada kalimah syahadah ini sehingga boleh menyelamatkan kita? Kesaksian kita bahawa Allah satu-satunya Tuhan yang layak disembah & Nabi Muhammaad itu pesuruh Allah. So? Cuba bayangkan analogy ini. Pada suatu petang yang hening, banyak burung gagak bertenggek di wayar telefon depan rumah anda. Sedang anda menikmati udara petang yang nyaman itu, anda terlihat seorang pakcik sedang melintas jalan. Dan tanpa melengahkan masa, sebuah motor yang ditunggang laju telah memecut & melanggar pakcik itu. Disebakan panic, penunggang motor itu pun blah meninggalkan pakcik itu yang dah berlumuran darah & terbaring di atas jalan. So, anda sekarang adalah saksi bagi kejadian langgar lari itu. Sebagai saksi, anda mempunyai tanggungjawab untuk memberitahu pakcik polis yang datang untuk menyiasat kejadian itu. Namun sebagai manusia, anda mempunyai pilihan untuk memberitahu pakcik polis atau tidak. Jika anda memilih untuk menceritakan kisah sebenar, mungkin hak pakcik itu boleh terbela. Namun jika anda memilih untuk berdiam diri, bukan sahaja anda tidak membela nasib pakcik itu, anda juga mungkin dihantui dosa.

Begitu jua syahadah. Penyaksian kita bukan hanya pada lidah. Namun apa yang kita pakai, apa yang kita ucap, apa yang kita lakukan sehari-harian, itulah yang mereflect syahadah dalam hati kita. Dari cara kita bangun tidur, cara mandi, berus gigi, berpakaian, solat, puasa, zakat, haji, belajar, berhibur, bercakap, berinteraksi, mengisi masa, tidur, dan segala perbuatan kita seharian itulah yang mencerminkan syahadah dalam diri. 

Syahadah yakni hubungan kita dengan Allah itu terjalin dalam 3 tema penting. pertama, mahabbah (kasih sayang).  “Wahai orang yang beriman sesiapa antara kamu yg berpaling tadah dari agamanya(murtad) maka Allah akan mendatangkan satu kaum yang Ia (Allah) kasihkan mereka dan mereka juga kasihkan Dia, mereka pula bersifat lemah lembut terhadap orang2 yg beriman, berlaku tegas terhadap kaum orang kafir, mereka berjuang pada jalan Allah dan tidak takut dengan celaan orang yang mencela, yang demikian itu ialah limpah kurnia Allah kepada sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas Kurnianya lagi Maha Mengetahui. " (5:54) 

Dalam ayat ini Allah menggariskan ciri-ciri mereka yang mencintai Allah & Allah pun mencintai mereka. Iaitu mereka yang : 
- lemah lembut terhadap orang beriman
- tegas terhadap orang kafir
- berjuang pada jalan Allah
- tak takut celaan mereka yang mencela
Jika kita mahu mencintai Allah & dicintai Allah, kita haruslah memenuhi ciri-ciri yang disebutkan di atas. Dan sahabat Rasulullah yang sanggup meninggalkan segala-galanya itu mempunyai ciri-ciri itu.

Kedua, ijarah (jual beli). Allah SWT berfirman, "Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah kamu Aku tunjukkan suatu perdagangan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih? (Iaitu) kamu beriman kepada Allah dan RAsulNya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui. Niscaya Allah mengampuni dosa-dosamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, dan ke tempat-tempat tinggal yang baik di dalam syurga 'Adn. Dan tiada lagi kurnia yang lain yang kamu sukai iaitu pertolongan Allah dan kemenangan yang dekat waktunya. Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang mukmin." (61: 10-13) Dalam ayat ini Allah swt menawarkan jual beli yang sangat menguntungkan kepada kita, Allah jua yang memberi modal, Allah jua yang memberikan keuntungan kepada kita. Hanya dengan berjual beli dengan Allah, nescaya kehidupan kita selamat dunia & akhirat. Dan berjihad itu bukan dengan sesuatu yang senang, tetapi jihad dengan sesuatu yang sukar bagi kita.

Ketiga, amal. "Dan katakanlah, "Bekerjalah kamu, maka Allah akan melihat pekerjaanmu, begitu juga RasulNya dan orang mukmin, dan kamu akan dikembalikan kepada Allah Yang Maha Mengetahui yang ghaib dan yang nyata, lalu diberitakanNya kepada kamu apa yang kamu kerjakan""(9:105) Beramallah sesuai dengan ilmu yang kita miliki.Ilmu yang kita pelajari bukan setakat untuk menambahkan sambungan ganglion-ganglion dalam otak kita. Bukan sekadar untuk kita masuk dewan peperiksaan dan terbang dengan warna-warninya(flying colours). Sebaliknya ilmu yang kita miliki harus kita praktikkan. Tambah-tambah lagi ilmu agama, kerana amal itu bekal kita di akhirat kelak. 

Lengkap ketiga-tiga aspek ini, maka lengkaplah hubungan kita dengan Allah SWT insyaAllah. Dan syahadah yang kita dengar sedari kecil itu akan terzahir dengan amal perbuatan kita. Dan sahabat Rasulullah SAW yang kita kenal dari awal tadi ialah Mus'ab in Umair. 



13 September 2012

Microb....................

Ok, lepas kelas aku pun berkejar2 bajet comel pegi microbiology department, bila sampai je depan pintu bilik lecturer tu, aku pun terkedu yang tak berapa terkedu sangat la. Nak tahu apa aku nampak?? Ok, takde la saspen sangat sebab bukan hantu yang aku nampak, tapi manusia macam kita gak, HOD (Head Of Department) Microb tu yang ada dalam bilik tu bersama staf2 beliau. Nak dipendekkan cerita, aku disoal siasat bak pesalah jenayah berat! Ahak! Gurau je, tapi ada la sikit sesi ramah tamah yang tak berapa nak ramah sangat la bagi aku. Dia boleh tanya macam2 pulak dah. Aku datang nak ambil buku je. Huhu.. Betul la kata senior, HOD microb ni memang banyak tanya.. sigh.. Aku pun dengan hati yang dah tawar macam air sungai kat kampung aku tu pun blah la daripada bilik tu. Last2 tak dapat pun buku tu. Moral of the story : Timing is very important in your life dude!

p/s : Today is my first community medicine posting in rural area!

Scenery from my class.. Nice weather huh?

My posting mates :)

Pejam celik pejam celik..

Lama gila aku tak mengepost, so pejam celik pejam celik dah masuk 2nd year mbbs in yenepoya university nih..Alhamdulillah aku lepas 1st year dengan berjayanya. Walaupun aku banyak tengok movie menjelang hari2 nak dekat exam, tapi aku pun tak tau la macam mana kan, tapi tu semua kerja Allah. Kita patut syukur je..so, alhamdulillah..

Ok, nak dijadikan cerita, sistem kat India ni, bila naik 2nd year, korang dah start pegi hospital, belajar la pape yang patut kan. Nak dijadikan cerita jugk, Yenepoya University ni ada hospital sendiri, yang tinggi nya lebih kurang 7 tingkat, kalau tak silap. Kolej plak ada 4 tingkat. So pagi2 pegi kelas kat tingkat 3, then kena pergi hospital ikut la posting apa, contohnya aku posting OBG, department tu kat tingkat 3 hospital, so kena la panjat 3 tingkat hospital tu. Kalo dapat posting Surgery, kat tingkat 4. Then lepas ambil case bagai, dan kalau kena present case, kena balik ke kolej balik sebab ada kelas lagi. Kalau posting habis tepat pukul 11.30, kena la berlari2. Hospital dengan kolej tak la jauh sangat tapi korang memang akan rasa tercungap yang amat sangat la bila anda sampai ke kelas. 

Nak dijadikan cerita jugak, kelas kitorang tak la besar mana pun. Muat2 je. So memang kena berebut la, kalau tak memang korang kena duduk belakang, alamatnya tak nampak pape la..sigh.. Senang cerita memang penat la 2nd year ni, banyak kena berlari & kejar masa. Well, masa itu emas kot..huhu..


19 April 2012

Aku malu..

Aku malu dengan Allah. Malu dengan diri sendiri. Malu pada makhluk Allah yang lain. Malu pada semut, burung, ayam, rumput, lalang, pokok bunga, tanah yang aku pijak, langit yang aku lihat setiap hari. Oh malunya!


Malu teramat sangat bila mereka itu sentiasa bertasbih memuji Allah. Sedang aku, hanya memuji Allah di dalam solat. Ketika baca Quran. Ketika ditimpa kesusahan! Astaghfirullah..

Sedang ketika senang, aku alpa. Aku leka. Aku lupa tasbih untuk Allah. Bibirku kering dari lafaz cinta kepada Allah. Hatiku jauh dari kalimah suci buat Allah. Ketika senang aku sibuk dengan lagha, sibuk mentelaah kononnya peperiksaan makin hampir. Sibuk ber'facebook' kononnya nanti aku akan sibuk hingga tiada masa meninjau dinding rakan-rakan. Sibuk ber'K-Pop' dengan mamat-mamat korea yang sudah tentu bukan islam. Oh aku sibuk Ya Allah.

Malu tadi masih tersisa lagi. Aku bersyukur masih diberi kesempatan untuk sedar yakni dakwah ini bukan sekadar 'part time job' di masa lapang. Dakwah ini tiada shift. Tiada erti 'masa untuk dakwah'. Dakwah ini berterusan. Sedangkan tidur juga kita boleh berdakwah. InsyaAllah.


Aku pohon padamu ya Allah agar Kau tetapkan hati ini biar tegar di jalan dakwah. Agar Kau bimbing hati ini supaya sentiasa dekat pada mu. Sentiasa bertasbih memujiMu. Sentiasa tenang mengingatiMu. Aku pohon setulus hatiku yaAllah, jangan Kau tarik peringatan ini dariku ya Allah ya rahman ya rahim..

25 March 2012

Ini Sejarah Kita

Assalamualaikum wbt.

Setelah sekian lama meninggalkan dunia blog, saya kembali atas dasar 'mengingati sesama manusia'.

Err..kenapa nak sibuk mengingati pulak eh? Kan kubur lain2. So, pandai2 la jawab dengan malaikat dalam kubur nanti.

Hmm..kalau macam tu, kenapa mak ayah kita sibuk2 nak jaga kita masa kita kecil ye? Kenapa tak dibiarkan sahaja kita membesar sendiri? Kenapa sibuk pula mak ayah bertanya itu ini setiap kali kita pulang ke rumah? Jawapannya ada dalam Al-Quran. Dan ini jugalah sebab mengapa saya menulis disini.

Alhamdulillah Allah telah memberi kesempatan untuk saya bertemu insan2 istimewa dalam hidup. Terlalu ramai sehinggakan tidak cukup sekadar ucapan syukur. Harus ada balasan yang patut saya lakukan. Terdetik dalam hati andai Allah tidak menemukan saya dengan insan2 ini, entah kemana saya akan hanyut. Hanyut dalam kehidupan tanpa kenal dan faham tujuan penghidupan yang sebenar-benarnya.

Ya, tujuan hidup. Anda semua pernah terfikirkah apa tujuan hidup kita? Kenapa Allah jadikan manusia di atas muka bumi ini? Kenapa ada haiwan, tumbuhan, hujan, gunung, lautan, dan semua benda disekeliling kita? Kenapa tidak dijadikan makhluk lain? Kenapa tidak diangkat sahaja malaikat mentadbir bumi?

Persoalan- persoalan ini mungkin tidak pernah difikirkan oleh mereka yang leka dengan nikmat duniawi. Mereka yang lalai dalam hidup merasakan segalanya indah dalam hidup dan merasakan cukup baginya kemewahan atau mungkin terlalu sibuk dengan perkara2 lagha, menyanyi mungkin, berlakon, atau perbuatan sia-sia. Atau seperti kita yang sedari kecil di doktrin supaya belajar sampai ke menara gading. Jadi hari ini mungkin kita seperti robot yang mengulangi rutin harian yang sama setiap hari. Atau terlalu sibuk menelaah sehingga terlepas waktu solat. Nauzubillah.

Graf ISK

Berbalik kepada persoalan tadi, apakah tujuan penciptaan manusia? Jawapannya telah lama Allah titipkan didalam Al-Quran. Lihat Surah Az-zariyat, ayat 56. Anda akan menemukan jawapannya.

Subhanallah, ini rupanya tujuan kita diciptakan. Perkataan 'melainkan' itu sendiri sudah cukup kuat untuk menunjukkan bahawa tiada tujuan lain, hanya itu sahaja tujuan manusia diciptakan.

Ooo..itu je ke..I solat penuh je, puasa bulan Ramadhan pun penuh, haji tu nanti bila da tua I pergi la.. Kira I ni dah menjalankan apa yang Allah suruh la kan..

Hmm..Sebenarnya, ini lah pemikiran masyarakat kita sekarang. Bilamana sudah melakukan yang wajib, dirasakan diri telah layak masuk syurga. Ya, syurga neraka dosa pahala itu di tangan Allah, tetapi jika hanya itu tugas manusia, kenapa perlu usrah? Mengapa perlu ceramah? Daurah? Forum perdana? Dan sebagainya?

Aah la,,kenapa ek??

Ha..cuba lihat Surah Al-Baqarah, ayat 30. Anda pasti menemui jawapannya.

Eh, tapi....eeerrrr...macam susah je...eeeeiii taknak la..I ni bukan pandai nak main2 politik ni..

Sebelum kita mudah menolak dengan berbagai2 alasan, adakah kita faham maksud khalifah itu sendiri? Khalifah dari segi bahasa bermaksud pemimpin atau pengganti. Jadi adakah umat Islam semuanya perlu masuk politik dan jadi perdana menteri? Begitukah? Jika yang menjadi PM itu faham islam alhamdulillah, sudah pasti tertegak negara islam. Tapi sebelum ingin membuka kota, eloklah dibersihkan dahulu hati2 rakyatnya. Agar semuanya faham dan tahu kemana arah tuju negara itu. Peranan umat islam sebagai khalifah itu bukan susah sebenarnya. Dengan mengajak kawan solat bersama pun sudah kira menjalankan tugas khalifah ini.

Lasso adalah 1 gelung tali yang yang direka untuk akan dilemparkan di seluruh sasaran dan mengetatkan apabila ditarik. Ia adalah satu alat yang terkenal dalam koboi Amerika.

Bagi yang tidak faham dengan gambar di atas ni, mungkin boleh bertanya kepada mereka yang join usrah :)

Sekadar renungan bersama, selepas kewafatan Rasulullah, dimana ketika itu jenazah baginda masih belum dikuburkan, para sahabat telah pun bersyura untuk melantik khalifah menggantikan Rasulullah SAW. Begitulah pentingnya khalifah kepada umat islam.

Marilah sama-sama kita muhasabah diri dan cuba faham tujuan penghidupan kita. Ambillah masa sejenak untuk duduk memikirkan hal ini. Selangkah anda menuju Allah seribu langkah Allah menuju anda.

"Maka apakah kamu mengira bahawa Kami menciptakan kamu main-main (tanpa ada maksud) dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada kami?" (Al-Mukminun : 115)

p/s : Maaf kepada yang telah lama menanti post ni, terlalu sibuk dengan hal duniawi sehinggakan alpa dengan tugas ini. :'(