"Dan ingatlah ketika suatu umat diantara mereka berkata, "Mengapa kamu menasihati kaum yang akan dibinasakan atau diazab Allah dengan azab yang sangat keras?" Mereka menjawab, "Agar kami mempunyai alasan kepada Tuhanmu, dan agar mereka bertakwa" " (Al-A'raf:164)
Alhamdulillah, Allah beri kesempatan untuk berprogram bersama-sama akhawat disini malam tadi. Kami mabit bersama-sama, berusaha beribadah sebaik-baiknya untuk meningkatkan iman kepada Allah SWT. Doakan iman kami sentiasa berada di tahap maksima in sha Allah.
Saya suka lagu ni. Dan kalau boleh nak sama-sama menghayati liriknya dengan anda. :) Ya, dimana nak dicari pemuda seperti pemuda-pemuda kahfi di zaman ini? In sha Allah kita sebagai dai'e di jalan Allah inilah yang sepatutnya berusaha seboleh mungkin untuk menjadi pemuda-pemuda kahfi. Semoga kita dapat ambil ibrah daripada lirik lagu ini.
Baru-baru ni Malaysia digemparkan dengan ucapan seorang artis masa tengah ambil anugerah. Mesti semua orang pun tahu siapakah gerangan artis yang saya maksudkan kan? Angguk.
Bagi yang tak tahu atau baru tahu macam saya, artis yang saya maksudkan ialah...jeng jeng jeng..Pierre Andre! Ala yang berlakon dalam drama Tiramisu dengan Sharifah Amani tuh. Senyum puas saya. Almakum pernah minat PIerre Andre ni. Hihi.
Dalam anugerah tu, Pierre Andre ni dapat anugerah khas (kalau tak silap, almaklum tak tonton pulak). Bayangkan kalau kita berdiri atas pentas, depan beribu orang, tak terkira berapa banyak kamera, orang kat depan, kat belakang, kat bawah, kat atas, ada yang Melayu, ada yang Cina, ada India, Anak Pak Salleh, ada yang Islam, ada bukan Islam, ada yang tak tahu agama apa, eh! Pendek kata, bayangkan kita berdiri tengah orang ramai dalam dewan yang penuh dengan orang yang bermacam-macam latar belakang, ada yang kita tak pernah kenal, bahkan tak pernah jumpa pun! Cuak bukan? Saya pun!
Tapi lihatlah, dengan beraninya Pierre Andre ungkapkan kalimah "Lailahaillallah" itu sebagai anugerah terhebat bagi kita. Tanpa kira agama orang yang dalam dewan tu, dia lantang tegaskan kalimah "Lailahaillallah" itu kalimah teragung. Ya! Kalimah itu kalimah agung! Kalimah sakti! Kalimah pembela nasib diakhirat kelak! Kalimah penyelamat saat kita gentar akan nasib diri, mahu dicampak kedalam api neraka atau diundang ke syurga impian!
"Ok, dia artis, biasalah cakap depan kamera, dah la pernah mengarah lagi, boleh la buat macam tu.." Eh.
Ya! Kalau anda nak tahu, itulah logam beliau! Dan dia telah menggunakan logam itu sebaik-baiknya untuk menyampaikan kebenaran. Alangkah beruntungnya dia sebab dah terlepas daripada tanggungjawab menyampaikan kalimah kebenaran tu! Berapa ramai orang yang tengok anugerah tu, yang di dewan, yang tonton di kaca TV, yang tonton di laman sesawang (macam saya), yang dengar daripada kawan-kawan, yang baca dekat surat khabar ke FB ke Twitter ke. Berapa ramai? Seribu? Sepuluh ribu? Seratus ribu? Sejuta?? Sumpah saya jeles dengan ke'osem'an beliau nih! Jeles sebab dia boleh jawab depan Allah nanti yang dia dah sampaikan kalimah kebenaran itu kepada beribu-ribu orang! Daebak!
Yang tambah osemnya, rupa-rupanya encik ni baru 5 bulan join tabligh! 5 bulan dah boleh sampaikan kalimah kebenaran kepada beribu orang! Kita ni? Dah berapa bulan join D&T? Berapa tahun? Dah berapa ratus orang kita sampaikan? Atau paling tidak berapa puluh? Berapa kerat? Sigh. Tunduk malu.
Tiada alasan untuk kita yang dah tahu tentang kebenaran ni duduk diam goyang kaki golek-golek atas katil sambil peluk teddy bear, bermalas-malasan, buat donno je tak sampaikan kepada orang lain. Tiada alasan untuk kita berpeluk tubuh jadi tiang lampu tak buka mulut tak menulis tak sebarkan kebenaran ini. Tiada alasan untuk kita jadi saksi yang bisu, pekak, buta, tuli, tak berperasaan sayang terhadap orang lain dan diam seribu bahasa tidak menyampaikan kebenaran ini. Mungkin kita tidak sebertuah Pierre Andre, seorang pelakon yang berpeluang naik atas pentas, pegang mic dan sampaikan kebenaran. Tapi setiap orang pasti ada logam masing-masing. Rasulullah SAW pesan, sampaikan walau satu ayat. Tak kiralah apa cara sekali pun, sampaikan kebenaran agama Allah ini. Supaya di padang mahsyar nanti kita ada alasan, ada jawapan kepada soalan Allah. Wallahualam.
"Kamu (umat Islam) adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia, (kerana kamu) menyuruh berbuat yang ma'ruf, dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah. Sekiranya ahli kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka. Di antara mereka ada yang beriman, namun kebanyakan meraka adalah orang-orang fasik." (Ali 'Imran:110)
Saya pasti majoriti daripada kita hafal surah Al-Asr. Bahkan kanak-kanak
ribena yang riang bermain petang petang di padang atau di bendang kampung di
sebelah utara ataupun yang bermain layang-layang di Johor Bahru jika diminta
membaca surah ini, sudah pasti dapat membacanya dengan cemerlang sekali. Eh.
Ok, dalam bulatan gembira saya tadi, murabbi saya telah memberikan
pencerahan tentang surah yang paling pendek ini. Walaupun hanya 3 ayat, Imam
Hasan al-Banna telah memperincikan huraian surah ini sepanjang 14 muka surat
dalam kitabnya, Tafsir Fi Zilal. Bayangkan betapa dalam huraian yang ditulis
oleh beliau walau hanya 3 ayat yang terdapat dalam surah ini.
Dari sini kita dapat lihat betapa penting surah ini sehingga dapat
ditafsir sedemikian rupa. Al- Asr sendiri membawa maksud 'masa'. Lalu apakah
tentang masa yang sangat penting hingga Allah SWT menciptakan satu surah khusus
di mana Allah SWT telah bersumpah dengan masa. Seperti manusia, masa juga
makhluk. Ini kerana setelah kiamat, masa tidak lagi wujud. Pasti orang Malaysia
semua tahu peribahasa "Masa itu emas". Kalau di Arab, peribahasanya
lain pula, "Masa itu ibarat pedang". Hmm jom kita fikirkan sejenak.
Jika masa itu ibarat emas, maka ia boleh dijual beli. Tapi telah trang tang
tang masa itu tidak boleh dibeli. Jika ia boleh dibeli, pasti semua orang kaya
yang sibuk dengan perniagaan mampu membeli masa untuk diluangkan bersama
keluarga. Maka tiadalah terjadi masalh anak-anak yang terbiar. Betul kan? Jika
masa itu ibarat pedang, maka jika pedang itu tidak digunakan, ia akan
'membunuh' kita. Pada pendapat saya, maksudnya disini, jika kita tidak
menggunakan pedang itu sebaik-baiknya, ia mungkin boleh menjadi sia-sia atau
boleh sahaja kita pula yang terkena akibatnya. Jadi saya rasa perumpamaan ini
lebih baik daripada peribahasa melayu tadi. Tapi tahukah kita bahawa Imam Hasan
al-Banna telah mengumpamakan masa seperti kehidupan. Setiap hari yang kita
lalui, kita tidak akan mendapatkannya kembali. Setiap saat yang berlalu tidak
akan berulang lagi. Jadi saya kira perumpamaan ini lebih tepat untuk
menggambarkan kepentingan masa itu sendiri yang tidak boleh dijual beli mahupun
kembali semula.
Time flies..
Imam Hasan al-Banna juga telah menjelaskan bahawa tanggungjawab manusia
itu sebenarnya lebih banyak daripada jumlah masa yang kita ada. Oleh itu, Allah
telah menjelaskan dalam surah ini tentang mereka yang menggunakan masa dengan
baik dan juga mereka yang tidak menggunakannya dengan baik. Dalam ayat 2 &
3, Allah SWT meng'highlight' ciri-ciri itu. Siapakah mereka yang beruntung?
Iaitu mereka yang
- Beriman
- Mengerjakan kebajikan
- Saling menasihati untuk kebenaran
- Salling menasihati dengan kesabaran
Kenapa mereka yang beriman itu beruntung? Apabila seseorang itu
benar-benar beriman, secara automatik dia faham tentang tujuan penciptaannya.
Maka dia tidak akan menyia-nyiakan hidupnya dengan perkara-perkara lagha. Sudah
pasti dia akan menggunakan masa yang ada untuk mempersiapkan bekalan ke akhirat
nanti. Segala amal soleh pasti dilakukan, segala larangan segera ditinggalkan.
Hatinya sentiasa bersih mengingati Allah. Pendek cerita, dia memang sedang
'bercinta' dengan Allah SWT. Sebagai kekasih Allah, pasti dia akan melakukan
segala suruhan Allah SWT. Sebagai kekasih Allah SWT, pasti dia sentiasa mahu
berdamping denganNya. Sebagai kekasih Allah, pasti dia tahu membezakan antara
hak & batil.
Kenapa mereka yang mengerjakan kebajikan itu beruntung? Apabila
seseorang itu beriman, maka dia perlu membuktikan keimanan dengan amal soleh.
Iman bukan sekadar yakin dengan hati, bukan sekadar pengakuan lisan oleh encik
lidah dan mulut sahaja. Tetapi seluruh anggota badan harus bergerak seiring
dengan hati & lidah untuk mengesakan Allah SWT. Amalan kebajikan bukanlah
sesuatu yang membazir masa sebaliknya jika diambil kira saham pahala yang akan
diperolehi, masa itu merupakan satu pelaburan yang sangat sangat maha berbaloi
buat bekalan di akhirat kelak.
Kenapa pula mereka yang berpesan-pesan itu beruntung? Jika kita imbas
kembali daurah ISK yang kita pernah dapat, pasti kita ingat akan tujuan
penciptaan manusia. Beribadah kepada Allah SWT & menjadi khalifah dimuka
bumi ini. Salah satu 'lasso' atau kaedah kita sebagai khalifah untuk mengajak
seluruh umat manusia untuk tunduk menyerah diri kepada Allah SWT ialah dengan
kaedah lisan. Bukan semua pendakwah mampu memberi ceramah ala-ala Dr Zakir Naik
yang sudah trang tang tang seorang ilmuan yang pakar dalam bidang perbezaan
agama & kepercayaan yang mampu mengislamkan manusia melalui
ceramah-ceramahnya. Bukan juga seperti UAI yang mampu menarik ribuan golongan
muda mengikuti ceramahnya yang amat lah santai namun berisi. Lalu timbullah
alasan "tidak bersedia" , "tidak pandai bercakap" ,
"tidak banyak ilmu agama" dan sebagainya. Lalu atas jalan apakah yang
kita boleh pilih untuk melakukan tugas khaliifah itu tadi? Oleh itu Allah SWT
telah menjelaskan bahawa hanya mereka yang berpesan-pesan dengan kebenaran,
mereka itulah yang beruntung. Jaidi tidak kesahlah jika anda hanya pesan kepada
adik anda untuk pakai tudung sebelum keluar jalan bersama kawan-kawannya atau
pesan kepada kawan anda yang tabiatnya berbohong supaya bercakap benar atau apa
sahaja pesanan yang baik kepada siapa sahaja, anda sudah tergolong dalam
golongan mereka yang beruntung itu. Mudah bukan?
Dan mengapa perlu berpesan dengan kesabaran? Kita selalu dengar sabar
itu sebahagian iman. Lalu mengapa sabar itu menjadi sebahagian daripada iman?
Apakah signifikannya sabar itu sehingga disamatarafkan dengan keimanan
seseorang? Jika anda beriman, anda pasti sabar. Jika anda sabar, anda telah ada
ciri-ciri iman itu. Pernah lihat kucing anda berkelahi dengan kucing jiran
sebelah rumah? Pasti anda perhatikan kucing-kucing itu akan mengembangkan bulu
masing- masing untuk menunjukkan kehebatan masing-masing (mungkin). Kemudian
berlakulah aksi serang menyerang, cakar mencakar, gigit menggigit, kejar
mengejar dan yang sewaktu dengannya. Cuba bandingkan keadaan kucing-kucing itu
semasa ia tidak bergauduh. Comel bukan? Rasa ingin dipicit-picit sahaja
perutnya yang boroi itu. Cuba lihat kucing itu semasa gaduh, menakutkan bukan?
Jangankan mahu picit, pegang pun belum tentu. Bila dengar bunyi kucing hendak
gaduh sahaja, kita lari lintang pukang sebab takut terkena cakarannya. Begitu
jugalah manusia apabila tengah marah. Mudah hilang pertimbangan, seperti hilangnya
pertimbangan kucing-kucing itu tadi. Lalu banyaklah hasutan syaitan semasa kita
hilang pertimbangan itu. Bukan setakat itu erti sabar. Sabar itu boleh dalam
pelbagai bentuk. Apabila Allah turunkan ujian, mereka yang beriman akan sabar
& redha serta yakin dengan ketentuan Allah SWT. Wallahualam.
Alhamdulillah semalam saya diberi peluang & kesempatan
sekali lagi berbulatan gembira bersama kakak-kakak terchenta. Walaupun kami
berada dalam bulatan yang baru, tapi kami telah lama kenal satu sama lain &
insyaAllah tiada masalah untuk terus berbulatan gembira. Murabbi kami memulakan
bulatan dengan bercerita tentang sahabat Rasulullah SAW yang semasa
jahiliyahnya seorang yang sangat handsome, kacak, wangi, sangat kaya, sangat
disayangi oleh ibunya. Namun setelah islam, sahabat itu meninggalkan
segala-gala kesenangan dunia dibelakangnya. HInggakan sewaktu ingin dikafankan,
kain itu tidak cukup untuk menutupi seluruh tubuhnya. Hebatnya sahabat ini
sehingga dilantik Rasulullah SAW sebagai duta ke Yathrib (Madinah). Dan tiada
satu rumah pun yang tidak diketuk olehnya. Demi menyampaikan syahadah, beliau
sanggup meninggalkan hatta ibu yang
dikasihinya.
Jika kita perhatikan, yang dibawa oleh sahabat itu hanyalah
ungkapan “Asyhaduallailahaillallah” “Muhammadurrasulullah”. Maka apakah yang
menjadi daya penolak kepada sahabat itu untuk meninggalkan segala karat
jahiliyah yang setelah sekian lama sebati dalam dirinya & berjaya pula
membentuk sahsiah yang sangat osem itu?
Most of us islam sejak dilahirkan lagi. Kita islam sebab
ibubapa kita islam. Ibubapa kita islam sebab atuk nenek kita pun islam.
Dipendekkan cerita, kita islam sebab keturunan. Jadi apakah anak-anak kita
nanti islam juga hanya kerana kita islam? Tahukan kita bahawa kita sangat
beruntung kerana telah islam sejak lahir lagi? Tahukah kita betapa kasihannya
orang lain yang lahirnya bukan sebagai islam? Kita patut bersyukur kalimah
syahadah itu telah didendangkan ke telinga kita sebaik sahaja kita keluar
daripada rahim ibu. Kerana kalimah itu sahaja yang boleh menyelamatkan kita
daripada kesesatan di bumi ini.
Apa ada pada kalimah syahadah ini sehingga boleh
menyelamatkan kita? Kesaksian kita bahawa Allah satu-satunya Tuhan yang layak
disembah & Nabi Muhammaad itu pesuruh Allah. So? Cuba bayangkan analogy ini.
Pada suatu petang yang hening, banyak burung gagak bertenggek di wayar telefon
depan rumah anda. Sedang anda menikmati udara petang yang nyaman itu, anda
terlihat seorang pakcik sedang melintas jalan. Dan tanpa melengahkan masa,
sebuah motor yang ditunggang laju telah memecut & melanggar pakcik itu.
Disebakan panic, penunggang motor itu pun blah meninggalkan pakcik itu yang dah
berlumuran darah & terbaring di atas jalan. So, anda sekarang adalah saksi
bagi kejadian langgar lari itu. Sebagai saksi, anda mempunyai tanggungjawab
untuk memberitahu pakcik polis yang datang untuk menyiasat kejadian itu. Namun
sebagai manusia, anda mempunyai pilihan untuk memberitahu pakcik polis atau
tidak. Jika anda memilih untuk menceritakan kisah sebenar, mungkin hak pakcik
itu boleh terbela. Namun jika anda memilih untuk berdiam diri, bukan sahaja
anda tidak membela nasib pakcik itu, anda juga mungkin dihantui dosa.
Begitu jua syahadah. Penyaksian kita bukan hanya pada lidah.
Namun apa yang kita pakai, apa yang kita ucap, apa yang kita lakukan
sehari-harian, itulah yang mereflect syahadah dalam hati kita. Dari cara kita
bangun tidur, cara mandi, berus gigi, berpakaian, solat, puasa, zakat, haji,
belajar, berhibur, bercakap, berinteraksi, mengisi masa, tidur, dan segala
perbuatan kita seharian itulah yang mencerminkan syahadah dalam diri.
Syahadah yakni hubungan kita dengan Allah itu terjalin dalam 3 tema penting. pertama, mahabbah (kasih sayang). “Wahai orang yang beriman sesiapa antara kamu yg berpaling tadah dari agamanya(murtad) maka Allah akan mendatangkan satu kaum yang Ia (Allah) kasihkan mereka dan mereka juga kasihkan Dia, mereka pula bersifat lemah lembut terhadap orang2 yg beriman, berlaku tegas terhadap kaum orang kafir, mereka berjuang pada jalan Allah dan tidak takut dengan celaan orang yang mencela, yang demikian itu ialah limpah kurnia Allah kepada sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas Kurnianya lagi Maha Mengetahui. " (5:54)
Dalam ayat ini Allah menggariskan ciri-ciri mereka yang mencintai Allah & Allah pun mencintai mereka. Iaitu mereka yang :
- lemah lembut terhadap orang beriman
- tegas terhadap orang kafir
- berjuang pada jalan Allah
- tak takut celaan mereka yang mencela
Jika kita mahu mencintai Allah & dicintai Allah, kita haruslah memenuhi ciri-ciri yang disebutkan di atas. Dan sahabat Rasulullah yang sanggup meninggalkan segala-galanya itu mempunyai ciri-ciri itu.
Kedua, ijarah (jual beli). Allah SWT berfirman, "Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah kamu Aku tunjukkan suatu perdagangan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih? (Iaitu) kamu beriman kepada Allah dan RAsulNya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui. Niscaya Allah mengampuni dosa-dosamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, dan ke tempat-tempat tinggal yang baik di dalam syurga 'Adn. Dan tiada lagi kurnia yang lain yang kamu sukai iaitu pertolongan Allah dan kemenangan yang dekat waktunya. Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang mukmin." (61: 10-13) Dalam ayat ini Allah swt menawarkan jual beli yang sangat menguntungkan kepada kita, Allah jua yang memberi modal, Allah jua yang memberikan keuntungan kepada kita. Hanya dengan berjual beli dengan Allah, nescaya kehidupan kita selamat dunia & akhirat. Dan berjihad itu bukan dengan sesuatu yang senang, tetapi jihad dengan sesuatu yang sukar bagi kita.
Ketiga, amal. "Dan katakanlah, "Bekerjalah kamu, maka Allah akan melihat pekerjaanmu, begitu juga RasulNya dan orang mukmin, dan kamu akan dikembalikan kepada Allah Yang Maha Mengetahui yang ghaib dan yang nyata, lalu diberitakanNya kepada kamu apa yang kamu kerjakan""(9:105) Beramallah sesuai dengan ilmu yang kita miliki.Ilmu yang kita pelajari bukan setakat untuk menambahkan sambungan ganglion-ganglion dalam otak kita. Bukan sekadar untuk kita masuk dewan peperiksaan dan terbang dengan warna-warninya(flying colours). Sebaliknya ilmu yang kita miliki harus kita praktikkan. Tambah-tambah lagi ilmu agama, kerana amal itu bekal kita di akhirat kelak.
Lengkap ketiga-tiga aspek ini, maka lengkaplah hubungan kita dengan Allah SWT insyaAllah. Dan syahadah yang kita dengar sedari kecil itu akan terzahir dengan amal perbuatan kita. Dan sahabat Rasulullah SAW yang kita kenal dari awal tadi ialah Mus'ab in Umair.
Ok, lepas kelas aku pun berkejar2 bajet comel pegi microbiology department, bila sampai je depan pintu bilik lecturer tu, aku pun terkedu yang tak berapa terkedu sangat la. Nak tahu apa aku nampak?? Ok, takde la saspen sangat sebab bukan hantu yang aku nampak, tapi manusia macam kita gak, HOD (Head Of Department) Microb tu yang ada dalam bilik tu bersama staf2 beliau. Nak dipendekkan cerita, aku disoal siasat bak pesalah jenayah berat! Ahak! Gurau je, tapi ada la sikit sesi ramah tamah yang tak berapa nak ramah sangat la bagi aku. Dia boleh tanya macam2 pulak dah. Aku datang nak ambil buku je. Huhu.. Betul la kata senior, HOD microb ni memang banyak tanya.. sigh.. Aku pun dengan hati yang dah tawar macam air sungai kat kampung aku tu pun blah la daripada bilik tu. Last2 tak dapat pun buku tu. Moral of the story : Timing is very important in your life dude!
p/s : Today is my first community medicine posting in rural area!