13 December 2012

Doa dari hati seorang daie

Landasan mana harus kita pilih?
                                

Alhamdulillah ya Allah, Kau telah pilih aku untuk sama-sama menaiki gerabak ini. Gerabak yang sesak dengan manusia yang sentiasa memujiMu. Sentiasa mengingatiMu. Punya matlamat sama. Punya niat sama. Punya pemikiran sama. Punya akhlak sama. Punya impian untuk tempah tiket syurgaMu ya Allah.

Namun aku juga sedar ya Allah, aku harus cari penumpang lain juga. Aku mesti cari manusia yang sesat, mereka yang tercari-cari landasan mana harus mereka berdiri untuk naik ke gerabak. Gerabak mana harus dinaiki untuk sampai ke destinasi impian, gerabak mana yang jalannya lurus, jalannya diredhai, jalannya penuh nikmat. Aku harus cari mereka. Dan terima kasih Allah, telah kutemui insan-insan sebegitu.

Dan aku juga sedar ya Allah, Kau tidak akan membiarkan jalan ini mudah bagiku. Aku akui jalan yang aku tempuh untuk cari mereka,pimpin mereka ke landasan yang betul,dan bersama-sama menaiki gerabak yang tepat itu amat sukar ya Allah. Amat amat sukar. Dan ingin aku mengadu padaMu ya Allah. Aku masih belum dapat genggam erat tangan mereka. Aku masih belum dapat yakinkan mereka bahawa gerabak yang ini gerabak terbaik. Gerabak yang benar. Gerabak yang termanis. Gerabak yang menyampaikan ke stesen terakhir. Stesen syurga ya Allah. Aku mengadu padaMu Allah. Lembutkan hati-hati mereka. Aku ingin sekali genggam erat tangan-tangan mereka,sama-sama menaiki gerabak tarbiyah ini ya Allah. Sesungguhnya semua ini hanya untuk mencari keredhaaMu ya Allah. Amin ya rabbal a'lamin..

Moga dapat kita bersama berpegangan tangan menuju gerabak tarbiyah

No comments:

Post a Comment