17 December 2012

Cinta itu..

Cinta itu nikmat Allah
Pada manusia agar mereka merasa bahagia
Cinta pada keluarga
Cinta pada haiwan
Cinta pada harta
Cinta pada wang
Cinta pada ketenangan
Cinta pada kemewahan
Cinta pada pelajaran
Cinta pada insan
Cinta pada kesenangan
Cinta pada makanan
Cinta pada kebendaan
Cinta pada masa lapang
Cinta pada gelak tawa
Cinta pada sahabat handai
Cinta pada buku
Cinta pada hobi
Cinta pada idola pujaan
Cinta pada negara
Cinta pada negeri
Cinta pada segala sesuatu yang zahir

Sedarlah ada yang amat mencintai kita
Malah sentiasa menzahirkan cintanya pada kita
Setiap detik
Setiap saat
Tanpa jemu memberi cintanya kepada kita
Tanpa harap balasan cinta kita

La tahzan !
Allah ada buatmu !
Allah sentiasa mencintaimu !
Kau hanya perlu tunduk sujud padanya !
Ucap Alhamdulillah padanya !
Kerna Dia tidak pernah sekali-kali tidak.menzahirkan cintanya kepadamu hingga hujung nyawamu !
Jangan sampai kamu terlambat menghargaiNya !

La tahzan !
La tahzan !
La tahzan !
Allah ada buatmu !

13 December 2012

Doa dari hati seorang daie

Landasan mana harus kita pilih?
                                

Alhamdulillah ya Allah, Kau telah pilih aku untuk sama-sama menaiki gerabak ini. Gerabak yang sesak dengan manusia yang sentiasa memujiMu. Sentiasa mengingatiMu. Punya matlamat sama. Punya niat sama. Punya pemikiran sama. Punya akhlak sama. Punya impian untuk tempah tiket syurgaMu ya Allah.

Namun aku juga sedar ya Allah, aku harus cari penumpang lain juga. Aku mesti cari manusia yang sesat, mereka yang tercari-cari landasan mana harus mereka berdiri untuk naik ke gerabak. Gerabak mana harus dinaiki untuk sampai ke destinasi impian, gerabak mana yang jalannya lurus, jalannya diredhai, jalannya penuh nikmat. Aku harus cari mereka. Dan terima kasih Allah, telah kutemui insan-insan sebegitu.

Dan aku juga sedar ya Allah, Kau tidak akan membiarkan jalan ini mudah bagiku. Aku akui jalan yang aku tempuh untuk cari mereka,pimpin mereka ke landasan yang betul,dan bersama-sama menaiki gerabak yang tepat itu amat sukar ya Allah. Amat amat sukar. Dan ingin aku mengadu padaMu ya Allah. Aku masih belum dapat genggam erat tangan mereka. Aku masih belum dapat yakinkan mereka bahawa gerabak yang ini gerabak terbaik. Gerabak yang benar. Gerabak yang termanis. Gerabak yang menyampaikan ke stesen terakhir. Stesen syurga ya Allah. Aku mengadu padaMu Allah. Lembutkan hati-hati mereka. Aku ingin sekali genggam erat tangan-tangan mereka,sama-sama menaiki gerabak tarbiyah ini ya Allah. Sesungguhnya semua ini hanya untuk mencari keredhaaMu ya Allah. Amin ya rabbal a'lamin..

Moga dapat kita bersama berpegangan tangan menuju gerabak tarbiyah

25 November 2012

Di mana dicari pemuda kahfi?


Alhamdulillah, Allah beri kesempatan untuk berprogram bersama-sama akhawat disini malam tadi. Kami mabit bersama-sama, berusaha beribadah sebaik-baiknya untuk meningkatkan iman kepada Allah SWT. Doakan iman kami sentiasa berada di tahap maksima in sha Allah.

Saya suka lagu ni. Dan kalau boleh nak sama-sama menghayati liriknya dengan anda. :) Ya, dimana nak dicari pemuda seperti pemuda-pemuda kahfi di zaman ini? In sha Allah kita sebagai dai'e di jalan Allah inilah yang sepatutnya berusaha seboleh mungkin untuk menjadi pemuda-pemuda kahfi. Semoga kita dapat ambil ibrah daripada lirik lagu ini. 


Generasi Harapan (Izzatul Islam)

Dimana dicari pemuda Kahfi
Terasing demi kebenaran hakiki
Dimana jiwa pasukan Badar berani
Menoreh nama mulia perkasa abadi

Umat melolong di gelap kelam
Tiada pelita penyinar terang
Penunjuk jalan kini membungkam
Lalu kapankah fajar kan datang

Mengapa kau patahkan pedangmu
hingga musuh mamapu membobol betengmu
Menjarah menindas dan menyiksa
Dan kita hanya diam sekedar terpana

Bangkitkan negri lahirkan generasi
Pemuda harapan tumbangkan kedzaliman

Wajah dunia Islam kini memburam
Cerahkan dengan darahmu
Panji Islam telah lama terkuali
Menanti bangkit kepalmu


20 November 2012

Eh, Hebat Giler Encik Nih !

Baru-baru ni Malaysia digemparkan dengan ucapan seorang artis masa tengah ambil anugerah. Mesti semua orang pun tahu siapakah gerangan artis yang saya maksudkan kan? Angguk.

Bagi yang tak tahu atau baru tahu macam saya, artis yang saya maksudkan ialah...jeng jeng jeng..Pierre Andre! Ala yang berlakon dalam drama Tiramisu dengan Sharifah Amani tuh. Senyum puas saya. Almakum pernah minat PIerre Andre ni. Hihi. 

Dalam anugerah tu, Pierre Andre ni dapat anugerah khas (kalau tak silap, almaklum tak tonton pulak). Bayangkan kalau kita berdiri atas pentas, depan beribu orang, tak terkira berapa banyak kamera, orang kat depan, kat belakang, kat bawah, kat atas, ada yang Melayu, ada yang Cina, ada India, Anak Pak Salleh, ada yang Islam, ada bukan Islam, ada yang tak tahu agama apa, eh! Pendek kata, bayangkan kita berdiri tengah orang ramai dalam dewan yang penuh dengan orang yang bermacam-macam latar belakang, ada yang kita tak pernah kenal, bahkan tak pernah jumpa pun! Cuak bukan? Saya pun!

Tapi lihatlah, dengan beraninya Pierre Andre ungkapkan kalimah "Lailahaillallah" itu sebagai anugerah terhebat bagi kita. Tanpa kira agama orang yang dalam dewan tu, dia lantang tegaskan kalimah "Lailahaillallah" itu kalimah teragung. Ya! Kalimah itu kalimah agung! Kalimah sakti! Kalimah pembela nasib diakhirat kelak! Kalimah penyelamat saat kita gentar akan nasib diri, mahu dicampak kedalam api neraka atau diundang ke syurga impian!

"Ok, dia artis, biasalah cakap depan kamera, dah la pernah mengarah lagi, boleh la buat macam tu.." Eh.

Ya! Kalau anda nak tahu, itulah logam beliau! Dan dia telah menggunakan logam itu sebaik-baiknya untuk menyampaikan kebenaran. Alangkah beruntungnya dia sebab dah terlepas daripada tanggungjawab menyampaikan kalimah kebenaran tu! Berapa ramai orang yang tengok anugerah tu, yang di dewan, yang tonton di kaca TV, yang tonton di laman sesawang (macam saya), yang dengar daripada kawan-kawan, yang baca dekat surat khabar ke FB ke Twitter ke. Berapa ramai? Seribu? Sepuluh ribu? Seratus ribu? Sejuta?? Sumpah saya jeles dengan ke'osem'an beliau nih! Jeles sebab dia boleh jawab depan Allah nanti yang dia dah sampaikan kalimah kebenaran itu kepada beribu-ribu orang! Daebak!

Yang tambah osemnya, rupa-rupanya encik ni baru 5 bulan join tabligh! 5 bulan dah boleh sampaikan kalimah kebenaran kepada beribu orang! Kita ni? Dah berapa bulan join D&T? Berapa tahun? Dah berapa ratus orang kita sampaikan? Atau paling tidak berapa puluh? Berapa kerat? Sigh. Tunduk malu. 

Tiada alasan untuk kita yang dah tahu tentang kebenaran ni duduk diam goyang kaki golek-golek atas katil sambil peluk teddy bear, bermalas-malasan, buat donno je tak sampaikan kepada orang lain. Tiada alasan untuk kita berpeluk tubuh jadi tiang lampu tak buka mulut tak menulis tak sebarkan kebenaran ini. Tiada alasan untuk kita jadi saksi yang bisu, pekak, buta, tuli, tak berperasaan sayang terhadap orang lain dan diam seribu bahasa tidak menyampaikan kebenaran ini. Mungkin kita tidak sebertuah Pierre Andre, seorang pelakon yang berpeluang naik atas pentas, pegang mic dan sampaikan kebenaran. Tapi setiap orang pasti ada logam masing-masing. Rasulullah SAW pesan, sampaikan walau satu ayat. Tak kiralah apa cara sekali pun, sampaikan kebenaran agama Allah ini. Supaya di padang mahsyar nanti kita ada alasan, ada jawapan kepada soalan Allah. Wallahualam.


"Kamu (umat Islam) adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia, (kerana  kamu) menyuruh berbuat yang ma'ruf, dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah. Sekiranya ahli kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka. Di antara mereka ada yang beriman, namun kebanyakan meraka adalah orang-orang fasik." (Ali 'Imran:110)

28 September 2012

T I M E


Saya pasti majoriti daripada kita hafal surah Al-Asr. Bahkan kanak-kanak ribena yang riang bermain petang petang di padang atau di bendang kampung di sebelah utara ataupun yang bermain layang-layang di Johor Bahru jika diminta membaca surah ini, sudah pasti dapat membacanya dengan cemerlang sekali. Eh.

 

Ok, dalam bulatan gembira saya tadi, murabbi saya telah memberikan pencerahan tentang surah yang paling pendek ini. Walaupun hanya 3 ayat, Imam Hasan al-Banna telah memperincikan huraian surah ini sepanjang 14 muka surat dalam kitabnya, Tafsir Fi Zilal. Bayangkan betapa dalam huraian yang ditulis oleh beliau walau hanya 3 ayat yang terdapat dalam surah ini.

Dari sini kita dapat lihat betapa penting surah ini sehingga dapat ditafsir sedemikian rupa. Al- Asr sendiri membawa maksud 'masa'. Lalu apakah tentang masa yang sangat penting hingga Allah SWT menciptakan satu surah khusus di mana Allah SWT telah bersumpah dengan masa. Seperti manusia, masa juga makhluk. Ini kerana setelah kiamat, masa tidak lagi wujud. Pasti orang Malaysia semua tahu peribahasa "Masa itu emas". Kalau di Arab, peribahasanya lain pula, "Masa itu ibarat pedang". Hmm jom kita fikirkan sejenak. Jika masa itu ibarat emas, maka ia boleh dijual beli. Tapi telah trang tang tang masa itu tidak boleh dibeli. Jika ia boleh dibeli, pasti semua orang kaya yang sibuk dengan perniagaan mampu membeli masa untuk diluangkan bersama keluarga. Maka tiadalah terjadi masalh anak-anak yang terbiar. Betul kan? Jika masa itu ibarat pedang, maka jika pedang itu tidak digunakan, ia akan 'membunuh' kita. Pada pendapat saya, maksudnya disini, jika kita tidak menggunakan pedang itu sebaik-baiknya, ia mungkin boleh menjadi sia-sia atau boleh sahaja kita pula yang terkena akibatnya. Jadi saya rasa perumpamaan ini lebih baik daripada peribahasa melayu tadi. Tapi tahukah kita bahawa Imam Hasan al-Banna telah mengumpamakan masa seperti kehidupan. Setiap hari yang kita lalui, kita tidak akan mendapatkannya kembali. Setiap saat yang berlalu tidak akan berulang lagi. Jadi saya kira perumpamaan ini lebih tepat untuk menggambarkan kepentingan masa itu sendiri yang tidak boleh dijual beli mahupun kembali semula.

Time flies..

Imam Hasan al-Banna juga telah menjelaskan bahawa tanggungjawab manusia itu sebenarnya lebih banyak daripada jumlah masa yang kita ada. Oleh itu, Allah telah menjelaskan dalam surah ini tentang mereka yang menggunakan masa dengan baik dan juga mereka yang tidak menggunakannya dengan baik. Dalam ayat 2 & 3, Allah SWT meng'highlight' ciri-ciri itu. Siapakah mereka yang beruntung? Iaitu mereka yang 
- Beriman
- Mengerjakan kebajikan
- Saling menasihati untuk kebenaran
- Salling menasihati dengan kesabaran

Kenapa mereka yang beriman itu beruntung? Apabila seseorang itu benar-benar beriman, secara automatik dia faham tentang tujuan penciptaannya. Maka dia tidak akan menyia-nyiakan hidupnya dengan perkara-perkara lagha. Sudah pasti dia akan menggunakan masa yang ada untuk mempersiapkan bekalan ke akhirat nanti. Segala amal soleh pasti dilakukan, segala larangan segera ditinggalkan. Hatinya sentiasa bersih mengingati Allah. Pendek cerita, dia memang sedang 'bercinta' dengan Allah SWT. Sebagai kekasih Allah, pasti dia akan melakukan segala suruhan Allah SWT. Sebagai kekasih Allah SWT, pasti dia sentiasa mahu berdamping denganNya. Sebagai kekasih Allah, pasti dia tahu membezakan antara hak & batil.

Kenapa mereka yang mengerjakan kebajikan itu beruntung? Apabila seseorang itu beriman, maka dia perlu membuktikan keimanan dengan amal soleh. Iman bukan sekadar yakin dengan hati, bukan sekadar pengakuan lisan oleh encik lidah dan mulut sahaja. Tetapi seluruh anggota badan harus bergerak seiring dengan hati & lidah untuk mengesakan Allah SWT. Amalan kebajikan bukanlah sesuatu yang membazir masa sebaliknya jika diambil kira saham pahala yang akan diperolehi, masa itu merupakan satu pelaburan yang sangat sangat maha berbaloi buat bekalan di akhirat kelak.

Kenapa pula mereka yang berpesan-pesan itu beruntung? Jika kita imbas kembali daurah ISK yang kita pernah dapat, pasti kita ingat akan tujuan penciptaan manusia. Beribadah kepada Allah SWT & menjadi khalifah dimuka bumi ini. Salah satu 'lasso' atau kaedah kita sebagai khalifah untuk mengajak seluruh umat manusia untuk tunduk menyerah diri kepada Allah SWT ialah dengan kaedah lisan. Bukan semua pendakwah mampu memberi ceramah ala-ala Dr Zakir Naik yang sudah trang tang tang seorang ilmuan yang pakar dalam bidang perbezaan agama & kepercayaan yang mampu mengislamkan manusia melalui ceramah-ceramahnya. Bukan juga seperti UAI yang mampu menarik ribuan golongan muda mengikuti ceramahnya yang amat lah santai namun berisi. Lalu timbullah alasan "tidak bersedia" , "tidak pandai bercakap" , "tidak banyak ilmu agama" dan sebagainya. Lalu atas jalan apakah yang kita boleh pilih untuk melakukan tugas khaliifah itu tadi? Oleh itu Allah SWT telah menjelaskan bahawa hanya mereka yang berpesan-pesan dengan kebenaran, mereka itulah yang beruntung. Jaidi tidak kesahlah jika anda hanya pesan kepada adik anda untuk pakai tudung sebelum keluar jalan bersama kawan-kawannya atau pesan kepada kawan anda yang tabiatnya berbohong supaya bercakap benar atau apa sahaja pesanan yang baik kepada siapa sahaja, anda sudah tergolong dalam golongan mereka yang beruntung itu. Mudah bukan?

Dan mengapa perlu berpesan dengan kesabaran? Kita selalu dengar sabar itu sebahagian iman. Lalu mengapa sabar itu menjadi sebahagian daripada iman? Apakah signifikannya sabar itu sehingga disamatarafkan dengan keimanan seseorang? Jika anda beriman, anda pasti sabar. Jika anda sabar, anda telah ada ciri-ciri iman itu. Pernah lihat kucing anda berkelahi dengan kucing jiran sebelah rumah? Pasti anda perhatikan kucing-kucing itu akan mengembangkan bulu masing- masing untuk menunjukkan kehebatan masing-masing (mungkin). Kemudian berlakulah aksi serang menyerang, cakar mencakar, gigit menggigit, kejar mengejar dan yang sewaktu dengannya. Cuba bandingkan keadaan kucing-kucing itu semasa ia tidak bergauduh. Comel bukan? Rasa ingin dipicit-picit sahaja perutnya yang boroi itu. Cuba lihat kucing itu semasa gaduh, menakutkan bukan? Jangankan mahu picit, pegang pun belum tentu. Bila dengar bunyi kucing hendak gaduh sahaja, kita lari lintang pukang sebab takut terkena cakarannya. Begitu jugalah manusia apabila tengah marah. Mudah hilang pertimbangan, seperti hilangnya pertimbangan kucing-kucing itu tadi. Lalu banyaklah hasutan syaitan semasa kita hilang pertimbangan itu. Bukan setakat itu erti sabar. Sabar itu boleh dalam pelbagai bentuk. Apabila Allah turunkan ujian, mereka yang beriman akan sabar & redha serta yakin dengan ketentuan Allah SWT. Wallahualam.



Gulp