15 February 2013

Fuh fuh fuh..(tiup habuk..)

Assalamualaikum wbt..

Ok minggu ni minggu exam saya. Alhamdulillah dah lepas 3 paper. Tinggal 2 lagi sebelum praktikal pula. Hmm. Saya dapat rasa betapa busy nya hidup ni. Belum jadi menteri lagi ni. Hihi

Ok la, saja nak mengupdate blog yang da berhabuk ni. InsyaAllah akan cuba update selalu lepas exam ni.

P/s : Tarbiyah Allah ada di mana-mana saja. Terpulang kita nak nilai macam mana kan. Tarbiyah saya sepanjang exam ni, kena kuat pergantungan dengan Allah, bukan dengan manusia saja, lagi lagi manusia yang tiada kaitan dengan kita. Ehem. ^^

07 January 2013

Let's leave it to Allah


Assalamualaikum wbt

Lama sungguh belog ini saya tinggalkan. Dalam kesibukan sebagai seorang hamba Allah dan juga sebagai seorang pelajar yang jadualnya amatlah padat, terkadang terlupa menulis untuk belog. Namun sebagai manusia, apalah alasan yang boleh kita beri di akhirat kelak bila ditanya apakah sumbangan kita dalam menegakkan Islam. Jadi sepatotnya kita susun jadual supaya tiada satu pun tanggungjawab yang terabai. (ok ini peringatan untuk diri sendiri ;) )

Kebelakangan ini saya dilanda masalah. Gangguan. Jangan risau. Ini bukan cerita mistik. Senyum. Masalah saya lebih kepada masalah peribadi. Masalah yang sudah bertahun-tahun saya hadapi. Terkadang sihat, terkadang sakit. Terkadang gembira, terkadang sedih. Terkadang bahagia, terkadang merana. Itulah masalah saya. Tunduk malu.

Setiap kali dilanda masalah, teman-teman lah yang jadi mangsa. Gelak kejam. Dan setiap kali itu jugalah saya mendengar nasihat yang sama. Sehingga saya pula yang malas nak bercerita kerana dah terlebih tahu respons masing-masing. Huhu. Bukan tidak meminta pertolongan Allah, tapi mungkin tidak sungguh-sungguh. Bukan tidak dititipkan dalam doa, bukan tidak bercerita pada Nya, tapi entah, mungkin kurang kebergantungan. Lebih selesa bergantung pada manusia dalam membantu menyelesaikan masalah. Mungkin itu silapnya saya. Itu silapnya saya hingga menderita penyakit ini bertahun lamanya. Pandang langit sambil tangan di dada.




Alhamdulillah, Allah ilhamkan saya untuk bertanya kepada yang pakar. Perihal masalah saya dan cara menanganinya. Alhamdulillah juga insan itu Allah ilhamkan untuk mencadangkan rawatan yang boleh saya jalani. Rawatannya mudah sahaja. Dengan menggunakan Kalamullah sahaja. Senyum. Dan  alhamdulillah juga, setelah beberapa hari menjalani rawatan, Allah beri saya penyelesaiannya. Allah mudahkan jalan saya. Allah tunjuk sejelas-jelasnya jalan bahagia buat saya. Dengan izin Allah saya makin sembuh. Pipi basah.

Itulah, manusia ini tiada apa andai tiada kebergantungan dengan Allah SWT yang menciptakan manusia daripada tanah. Tanpa Dia, kita tidak boleh buat apa-apa pun. Andai selama ini kita fikir semua yang kita miliki adalah atas hasil usaha kita, kita silap. Semua itu datang dari Allah SWT. Bila kita senang, kita lupa Dia. Waktu susah baru lah nak cari sejadah, sujud menyembahnya, minta pertolonganNya. Itulah sikap manusia. Memang mudah lupa diri. 

Saranan saya, atas pengalaman sendiri, ada benda perlukan usaha kita, dan ada benda yang lebih baik kita biarkan Allah yang tentukan untuk kita. Dan setiap kali kita lemah, kembalilah kepadaNya. Hanya Dia yang mampu mengubah nasib kita. Dan sebenarnya semua masalah itu adalah ujian Allah buat para hambaNya, untuk membezakan mereka yang beriman dan tidak. Dan itu tanda Allah sayang kita. Allah mahu kita meminta kepadaNya. Jangan pernah putus asa dalam meminta pertolongan Allah. Allah tidak akan mensia-siakan hambaNya yang meminta kepadaNya dengan penuh rasa pengharapan. InsyaAllah. 


"Maka ingatlah kepadaku, Aku pun akan ingat kepadamu. Bersyukurlah kepada-Ku, dan janganlah kamu ingkar kepada-Ku. Wahai orang-orang yang beriman ! Mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Sungguh, Allah beserta orang-orang yang sabar. " (Al-Baqarah : 152-153)


p/s : Buat mereka yang exam, kebergantungan kepada Allah saat ini sangat penting. Tapi bukan bermakna tidak perlu study. ;)

17 December 2012

Cinta itu..

Cinta itu nikmat Allah
Pada manusia agar mereka merasa bahagia
Cinta pada keluarga
Cinta pada haiwan
Cinta pada harta
Cinta pada wang
Cinta pada ketenangan
Cinta pada kemewahan
Cinta pada pelajaran
Cinta pada insan
Cinta pada kesenangan
Cinta pada makanan
Cinta pada kebendaan
Cinta pada masa lapang
Cinta pada gelak tawa
Cinta pada sahabat handai
Cinta pada buku
Cinta pada hobi
Cinta pada idola pujaan
Cinta pada negara
Cinta pada negeri
Cinta pada segala sesuatu yang zahir

Sedarlah ada yang amat mencintai kita
Malah sentiasa menzahirkan cintanya pada kita
Setiap detik
Setiap saat
Tanpa jemu memberi cintanya kepada kita
Tanpa harap balasan cinta kita

La tahzan !
Allah ada buatmu !
Allah sentiasa mencintaimu !
Kau hanya perlu tunduk sujud padanya !
Ucap Alhamdulillah padanya !
Kerna Dia tidak pernah sekali-kali tidak.menzahirkan cintanya kepadamu hingga hujung nyawamu !
Jangan sampai kamu terlambat menghargaiNya !

La tahzan !
La tahzan !
La tahzan !
Allah ada buatmu !

13 December 2012

Doa dari hati seorang daie

Landasan mana harus kita pilih?
                                

Alhamdulillah ya Allah, Kau telah pilih aku untuk sama-sama menaiki gerabak ini. Gerabak yang sesak dengan manusia yang sentiasa memujiMu. Sentiasa mengingatiMu. Punya matlamat sama. Punya niat sama. Punya pemikiran sama. Punya akhlak sama. Punya impian untuk tempah tiket syurgaMu ya Allah.

Namun aku juga sedar ya Allah, aku harus cari penumpang lain juga. Aku mesti cari manusia yang sesat, mereka yang tercari-cari landasan mana harus mereka berdiri untuk naik ke gerabak. Gerabak mana harus dinaiki untuk sampai ke destinasi impian, gerabak mana yang jalannya lurus, jalannya diredhai, jalannya penuh nikmat. Aku harus cari mereka. Dan terima kasih Allah, telah kutemui insan-insan sebegitu.

Dan aku juga sedar ya Allah, Kau tidak akan membiarkan jalan ini mudah bagiku. Aku akui jalan yang aku tempuh untuk cari mereka,pimpin mereka ke landasan yang betul,dan bersama-sama menaiki gerabak yang tepat itu amat sukar ya Allah. Amat amat sukar. Dan ingin aku mengadu padaMu ya Allah. Aku masih belum dapat genggam erat tangan mereka. Aku masih belum dapat yakinkan mereka bahawa gerabak yang ini gerabak terbaik. Gerabak yang benar. Gerabak yang termanis. Gerabak yang menyampaikan ke stesen terakhir. Stesen syurga ya Allah. Aku mengadu padaMu Allah. Lembutkan hati-hati mereka. Aku ingin sekali genggam erat tangan-tangan mereka,sama-sama menaiki gerabak tarbiyah ini ya Allah. Sesungguhnya semua ini hanya untuk mencari keredhaaMu ya Allah. Amin ya rabbal a'lamin..

Moga dapat kita bersama berpegangan tangan menuju gerabak tarbiyah

25 November 2012

Di mana dicari pemuda kahfi?


Alhamdulillah, Allah beri kesempatan untuk berprogram bersama-sama akhawat disini malam tadi. Kami mabit bersama-sama, berusaha beribadah sebaik-baiknya untuk meningkatkan iman kepada Allah SWT. Doakan iman kami sentiasa berada di tahap maksima in sha Allah.

Saya suka lagu ni. Dan kalau boleh nak sama-sama menghayati liriknya dengan anda. :) Ya, dimana nak dicari pemuda seperti pemuda-pemuda kahfi di zaman ini? In sha Allah kita sebagai dai'e di jalan Allah inilah yang sepatutnya berusaha seboleh mungkin untuk menjadi pemuda-pemuda kahfi. Semoga kita dapat ambil ibrah daripada lirik lagu ini. 


Generasi Harapan (Izzatul Islam)

Dimana dicari pemuda Kahfi
Terasing demi kebenaran hakiki
Dimana jiwa pasukan Badar berani
Menoreh nama mulia perkasa abadi

Umat melolong di gelap kelam
Tiada pelita penyinar terang
Penunjuk jalan kini membungkam
Lalu kapankah fajar kan datang

Mengapa kau patahkan pedangmu
hingga musuh mamapu membobol betengmu
Menjarah menindas dan menyiksa
Dan kita hanya diam sekedar terpana

Bangkitkan negri lahirkan generasi
Pemuda harapan tumbangkan kedzaliman

Wajah dunia Islam kini memburam
Cerahkan dengan darahmu
Panji Islam telah lama terkuali
Menanti bangkit kepalmu