03 April 2011

Apabila ujian Allah datang..

Alhamdulillah masih berkesempatan untuk menulis dalam kesibukan mengulangkaji pelajaran untuk test yg akan datang..

Pernah x kita fikir kenapa ada masa kita gembira, ada masa kita sedih, dan macam2 perasaan lagi? Sebab Allah sedang menguji kita..Adakah kita ingat Dia semasa kita gembira, atau hanya ketika sedih? Dan pernah kah kita rasa nikmatnya ujian Allah itu? Mesti sukar nak rasa nikmat ujian..

Bila kita sedih, kita merintih dan merayu pada Allah..Sebenarnya Allah juga merindui rintihan kita..pujian kita kepadaNya..bila kita ditimpa musibah, kita bergantung harap pada Allah. Allah sentiasa mendengar rintihan hambaNya. Tapi janganlah hanya ingat Allah semasa kita susah..

Setiap apa yang Allah tentukan itu adalah yang terbaik untuk kita..Kita tidak boleh rasa menyesal atau terlalu merendah diri, sebaliknya yakinlah bahawa setiap kelemahan dan kelebihan kita adalah yang terbaik buat kita..Jangan terlalu mendabik dada, sebaliknya belajar untuk berkongsi ilmu dan membantu sahabat yang hanyut..

Kita selalu lupa akan nikmat yang Allah beri pada kita..Bila satu hari nikmat itu Allah tarik, baru kita sedar betapa besar nikmat Allah itu pada kita dan betapa kita perlu nikmat itu..Orang yang tidak pernah menghargai nikmat Allah itu sebenarnya sangat rugi..

Nukilan ini sebagai satu peringatan terhadap diri sendiri & juga sesiapa yang membacanya. Mungkin inputnya simple, tetapi ambillah pengajarannya.. InsyaAllah..

23 March 2011

Rindu..

Sudah hampir sebulan berada di KTT, aku merindui insan-insan yang banyak mempengaruhi hidupku di Sunway dulu. Sakinah, Ustazah, Juni, Kak Auni, Kak Shira, aku merindui kalian..

Alhamdulillah sepanjang berada di KTT, macam2 pengalaman baru aku tempuh. Kawan2 baru. Cara hidup yang baru. Kalau di Sunway makan sekali sehari, disini aku boleh makan 2/3 kali sehari. hehe.. Kalau di Sunway, aku agak takut untuk keluar rumah kerana keselamatan yg tidak terjamin, disini aku bebas keluar masuk rumah kawan2 sesuka hati tanpa perlu takut apa2. hehe.. Kalau di Sunway dulu aku perlu bangun & bersiap awal untuk menaiki bas ke kolej, menempuh kesesakan lalulintas di mana perjalanan yg sepatutnya mengambil masa 15 minit menjadi 1 jam. Tapi disini aku tidak perlu bersusah payah kerana kelas hanya berada di tingkat bawah hostelku..(^^,)

Namun, semua benda di dunia ni ada kebaikan & keburukannya. Tidak tepat andai aku katakan ia sebagai keburukan, sebaliknya lebih manis & tepat jika aku katakan ia sebagai kekurangan. Kekurangan yang bagus untuk pelajar. Shopping mall. Ya. Disini tiada shopping mall seperti di Sunway. Huhu.. Yanag ada hanya Giant & Tesco yang terletak jauh di bandar Nilai. Tapi walau apa pun, aku bersyukur..Alhamdulillah..

Ada banyak lagi yg ingin aku kongsi, tapi buat masa ini, rasanya cukup setakat ini, insyaAllah akan ada banyak lagi yang ingin aku ceritakan. Assalam..

27 January 2011

Terima kasih sahabat..


Saya terpukul mendengar kata-kata seorang sahabat saya yang jauh diperantauan. Allah SWT telah memberikan saya seorang sahabat yang setia, yang sanggup menasihati diri ini dari terus lena dibuai mimpi. Terima kasih Allah..

Saya rasa terpukul kerana nasihat itu dahulu nya saya yang beri. Tapi sekarang nampaknya saya sendiri yang melakukannya. Benar katanya. Benar apa yang saya nasihati dulu. Alhamdulillah dia masih berpegang teguh pada nasihat itu. Malangnya, saya, si pemberi nasihat yang telah terlupa. Jauh tersesat di jalan yang terang. Jalan yang dahulunya saya sendiri telah suluh. Dengan ilmu dan iman. Ampunkan diri ini Ya Allah..

Masa dan keadaan sekeliling benar-benar menguji iman kita. Jika dahulu di sekolah, ada banyak program & peraturan yang diwujudkan, berjaya mengawal diri kita dari melakukan kemungkaran. Namun, sebaik sahaja kaki melangkah keluar dari alam persekolahan, diri sendirilah yang sepatutnya mewujudkan program & peraturan itu. Peraturan agar diri selamat melalui liku-liku hidup. Agar dapat sampai ke tempat yang sepatutnya. Syurga.

Dalam perjalanan itu, saya akui bukan mudah. Sangat sukar. Teramat payah. Andai tiada peraturan untuk diri sendiri. Hanya nasihat yang diperlukan agar diri tidak tersalah lorong. Tidak tersesat. Namun untuk nasihat itu datang, diri sendirilah yang perlu sedar dahulu. Nasihat boleh didapati dimana-mana sahaja. Waima di dinding-dinding pun ada nasihat. Tanpa perlu manusia sendiri yang menuturkan. Hati perlu ikhlas. Menerima pandangan manusia lain. Percayalah tiada siapa yang lebih mengenali diri sendiri melainkan orang lain. Terutama sekali sahabat & keluarga. Buka hati untuk sabar mendengar. Buka akal untuk memikirkan nasihat tersebut. Jika nasihat yang baik, ikutlah. Dan begitu juga sebaliknya.

Terima kasih sahabatku yang banyak memberi teguran. Aku akui diri ini sangat banyak terlupa. Terlupa akan janji & nasihat yang aku tuturkan sendiri. Andai tiada sahabat yang menegur, pasti aku sudah jauh tersesat dalam perjalanan menuju Jannah.


Alhamdulillah..Semoga Allah kekalkan ikatan persahabatan kita..


25 January 2011

Innama a'malu bin niat..


Amirul Mukminin Abi Hafsh Umar bin Khattab ra. berkata,
Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, "Sesungguhnya amal perbuatan itu disertai niat dan setiap orang mendapat balasan amal sesuai dengan niatnya. Barangsiapa yang berhijrah kerana Allah SWT dan RasulNya maka hijrahnya itu menuju Allah dan RasulNya. Barangsiapa berhijrah kerana dunia yang ia harapkan atau kerana wanita yang ingin dikahwininya maka hijrahnya itu menuju yang ia inginkan."
[Hadis pertama dalam hadis 40. Diriwayatkan oleh Abu Abdullah Muhammad bin Ismail bin Ibrahim bin Mughirah bin Bardizbah Al-Bukhari & Abul Husain Muslim bin Al-Hajjaj bin Muslim Al-qusyairi An-Naisaburi.]

Saya teringat usrah pertama bersama Kak Syirah. Niat menjadi persoalan utama. "Kenapa join usrah?" "Best ke usrah ni?" "Tak ganggu masa study ke?"

Mulut terkunci. Hati berkata-kata. "Kenapa aku join usrah ek?" "Oh, sebab kawan ajak kot."
Itu jawapan jujur dari hati. Astaghfirullah..betapa dungunya saya ketika itu.

Setelah beberapa ketika, rindu ingin bersua Kak Syirah. Usrah kedua ditetapkan. Alhamdulillah, saya makin faham kenapa perlu usrah. Kerana manusia mudah lupa.

Dulu, waktu di sekolah, sudah menjadi tanggungjawab untuk menyampaikan usrah. Atas nama jawatan. Waktu itu, "skrip" ustazah atau ustaz yang disediakan. Cuma tinggal menambah perasa sebelum dihidangkan kepada rakan2 di dorm. Walaupun begitu, ruang dan peluang itu dirasakan berharga sekali kerana kita yang mula2 tahu ilmu itu & diterima langsung dari ustaz dan ustazah pula. Memang beruntung.

Kali ini, kita yang menjadi pendengar. Menerima input ini memang kadangkala membosankan. Lalu, pelajaran hadis yang pertama menyedarkan diri dari lalai. Niat. Jangan sesekali kita abaikan niat kita. Setiap apa yang kita kerjakan itu mesti berniat. Contohnya, mak memasak di dapur. Kenapa? Niatnya hanyalah supaya keluarga dapat menikmati hidangan yang sihat & lazat, supaya tubuh badan sihat untuk beribadah kepada Allah SWT. Begitulah sebagainya.


Bercerita tentang niat, ramai anak muda sekarang makin lalai. Kenapa kita perlu ada Facebook contohnya? Bagi saya, dengan Facebook saya dapat berhubung semula dengan rakan2 yang dah lama tak bersua. Bukan tidak boleh berhubung melalui saluran lain, cuma rata2 semua rakan mempunyai akaun Facebook. Jadi, Facebook adalah saluran yang paling mudah untuk terus kekal berhubung dan saling nasihat-menasihati.

Begitu juga dengan blog, salah satu cara saya dapat mengutarakan pandangan & pendapat dalam pelbagai hal. Melalui blog rakan2 juga saya dapat meng"update" aktiviti mereka.

Menyentuh mengenai saluran sosial, ramai dari kalangan kita alpa dengan kecanggihan teknologi ini. Sebagai Muslim, kita lupa tujuan dan matlamat kita. Seperti juga saya sebelum ini yang lupa apa tugas sebenar Muslim. Nasihat-menasihati ke jalan benar. Tiada siapa mahu ke neraka. Tapi jangan sombong & lupa diri, mahu masuk syurga sendiri. Ajak seberapa ramai Muslim turut serta ke syurga. Bukan mudah, tetapi juga bukan sukar. Ayuh berubah!


Baginya (manusia) ada malaikat yang selalu menjaganya bergiliran, dari depan & belakang. Mereka menjaganya atas perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak akan merubah sesuatu kaum itu sebelum mereka mengubah nasib mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki keburukan terhadap sesuatu kaum, maka tak ada yang dapat menolaknya dan tidak ada pelindung bagi mereka selain Dia. [Ar-Ra'd:11]

Nasihat-menasihati lah sesama kita. Andai saya juga terlupa, ingatkan saya.

24 January 2011

Aku merinduinya..

Ada 1 drama korea yang aku tonton tiap hari. Tapi selalu terlepas juga sebab ada hal2 yang tak dapat dielakkan. Tajuk dram tu, Thank You. Menurut Juni, drama tu sebenarnya dah lama. Maknanya, dah lama diterbitkan. Cuma baru sekarang disiarkan di Tv3. Tak mengapa. Lama ke baru ke, aku tetap suka tonton drama Korea.

Ini la drama yang dimaksudkan.

Aku suka jalan cerita drama tu. Sebab, ia bukan pasal cinta semata2. Tapi, watak utama nya ialah seorang budak perempuan yang menghidap AIDS. Budak perempuan tu comel sangat. Tapi sayang, mak dia rahsiakan siapa ayah kandung dia. Sebab ayah dia tu kaki perempuan. Paling sedih, dia dapat AIDS disebabkan kecuaian seorang doktor mengtransfer darah. Doktor yang rasa bersalah sangat tu pula meninggal tak lama lepas tu dek menanggung rasa bersalah yang amat sangat. Sadis sungguh cerita tu.

Sekarang, cerita tu baru masuk episod 13. Jadi, aku pun tak tahu kesudahan dia. Tapi, 1 benda tentang drama ni yang meruntun hati ialah mengenai AIDS. Aku teringat arwah pakcik aku. Dia pun menghidap AIDS semasa hayatnya dulu. Aku pernah tinggal bersama nenek dan atuk semasa darjah 6. Masa tu, arwah pakcik pun ada. Dia baru dibebaskan dari pusat pemulihan. Masa tu makcik aku beritahu yang arwah ada AIDS. Tapi kami semua tak sisihkan dia. Kami layan macam biasa. Aku ingat lagi ada 1 hari, baru balik dari sekolah, tak tukar baju pun lagi, terus pergi dapur tolong nenek & atuk buka plastik minyak nak tuang dalam botol. Sebab terlalu gelojoh, aku terhiris jari sendiri. Sakitnya Allah sahaja yang tahu. Aku pun menangis la sekuat hati. Dah la sakit, kena marah lagi tu dengan nenek.

Arwah la yang tolong balutkan luka. Masa tu mula la terfikir kemungkinan berjangkit. Maklum la, budak2. Tak cukup ilmu. Lama juga fikir macam tu. Tambah2 dapat tahu yang penyakit tu hanya boleh ketara selepas 5 tahun dijangkiti. Tapi alhamdulillah tak ada apa2. Huhu.

Ingat lagi, petang tu, baru balik dari sekolah, rasa pelik kenapa semua adik-beradik ada dalam kereta. Tak pernah abah datang ambil dengan mak, ini kan pula dengan semua. Masuk kereta, semua tengah menangis. Mula2 tak ada siapa nak jawab soalan aku. Kemudian baru tahu arwah pakcik dah tak ada lagi. Paling sedih, tak ada siapa pun yang boleh sentuh jenazah. Memang sedih sangat bila dia yang kita sayang pergi dalam keadaan macam tu.

Cikgu kan dah pesan, drug is bad..

Walaupun dah lebih 7 tahun arwah pergi, aku selalu ingat dia. Ingat arwah atuk. Arwah memang sangat rapat dengan anak2 buah. Dia pandai layan kami yang waktu tu masih kecil. Sayang, bahana pengaruh kawan, dia terjerumus adalam najis dadah. Walau berulang kali keluar masuk pusat pemulihan, sampai la akhirnya dibuang daerah, aku tetap sayang kamu, pakcik ku..

Kepada sesiapa yang mempunyai ahli keluarga yang menghidap AIDS, jangan sesekali sisihkan mereka. Jangan khuatir, kerana penyakit itu bukan mudah berjangkit. Hargai mereka selama mereka masih berada bersama kita. Mereka mungkin tersilap langkah, tapi memaafkan itu lebih baik dari terus menghukum.


Aku rindu kamu, pakcik ku, Zainal Abidin bin Musa..Semoga kau ditempatkan bersama orang2 beriman..Al-fatihah..