Ada 1 drama korea yang aku tonton tiap hari. Tapi selalu terlepas juga sebab ada hal2 yang tak dapat dielakkan. Tajuk dram tu, Thank You. Menurut Juni, drama tu sebenarnya dah lama. Maknanya, dah lama diterbitkan. Cuma baru sekarang disiarkan di Tv3. Tak mengapa. Lama ke baru ke, aku tetap suka tonton drama Korea.
Ini la drama yang dimaksudkan.
Aku suka jalan cerita drama tu. Sebab, ia bukan pasal cinta semata2. Tapi, watak utama nya ialah seorang budak perempuan yang menghidap AIDS. Budak perempuan tu comel sangat. Tapi sayang, mak dia rahsiakan siapa ayah kandung dia. Sebab ayah dia tu kaki perempuan. Paling sedih, dia dapat AIDS disebabkan kecuaian seorang doktor mengtransfer darah. Doktor yang rasa bersalah sangat tu pula meninggal tak lama lepas tu dek menanggung rasa bersalah yang amat sangat. Sadis sungguh cerita tu.
Sekarang, cerita tu baru masuk episod 13. Jadi, aku pun tak tahu kesudahan dia. Tapi, 1 benda tentang drama ni yang meruntun hati ialah mengenai AIDS. Aku teringat arwah pakcik aku. Dia pun menghidap AIDS semasa hayatnya dulu. Aku pernah tinggal bersama nenek dan atuk semasa darjah 6. Masa tu, arwah pakcik pun ada. Dia baru dibebaskan dari pusat pemulihan. Masa tu makcik aku beritahu yang arwah ada AIDS. Tapi kami semua tak sisihkan dia. Kami layan macam biasa. Aku ingat lagi ada 1 hari, baru balik dari sekolah, tak tukar baju pun lagi, terus pergi dapur tolong nenek & atuk buka plastik minyak nak tuang dalam botol. Sebab terlalu gelojoh, aku terhiris jari sendiri. Sakitnya Allah sahaja yang tahu. Aku pun menangis la sekuat hati. Dah la sakit, kena marah lagi tu dengan nenek.
Arwah la yang tolong balutkan luka. Masa tu mula la terfikir kemungkinan berjangkit. Maklum la, budak2. Tak cukup ilmu. Lama juga fikir macam tu. Tambah2 dapat tahu yang penyakit tu hanya boleh ketara selepas 5 tahun dijangkiti. Tapi alhamdulillah tak ada apa2. Huhu.
Ingat lagi, petang tu, baru balik dari sekolah, rasa pelik kenapa semua adik-beradik ada dalam kereta. Tak pernah abah datang ambil dengan mak, ini kan pula dengan semua. Masuk kereta, semua tengah menangis. Mula2 tak ada siapa nak jawab soalan aku. Kemudian baru tahu arwah pakcik dah tak ada lagi. Paling sedih, tak ada siapa pun yang boleh sentuh jenazah. Memang sedih sangat bila dia yang kita sayang pergi dalam keadaan macam tu.
Cikgu kan dah pesan, drug is bad..
Walaupun dah lebih 7 tahun arwah pergi, aku selalu ingat dia. Ingat arwah atuk. Arwah memang sangat rapat dengan anak2 buah. Dia pandai layan kami yang waktu tu masih kecil. Sayang, bahana pengaruh kawan, dia terjerumus adalam najis dadah. Walau berulang kali keluar masuk pusat pemulihan, sampai la akhirnya dibuang daerah, aku tetap sayang kamu, pakcik ku..
Kepada sesiapa yang mempunyai ahli keluarga yang menghidap AIDS, jangan sesekali sisihkan mereka. Jangan khuatir, kerana penyakit itu bukan mudah berjangkit. Hargai mereka selama mereka masih berada bersama kita. Mereka mungkin tersilap langkah, tapi memaafkan itu lebih baik dari terus menghukum.
Aku rindu kamu, pakcik ku, Zainal Abidin bin Musa..Semoga kau ditempatkan bersama orang2 beriman..Al-fatihah..
No comments:
Post a Comment