24 January 2011

Menyesalkah aku?

Dalam kebosanan di rumah, setelah jemu menghadap Facebook yang semakin melalaikan, tergerak hati ini untuk meninjau perihal belajar perubatan di India di laman sesawang. Bukan apa, cuma ingin menambah ilmu sebelum menjejakkan kaki di sana nanti. Sekadar mencari preview pelajar2 disana ttg hidup mereka. Seronok kah?

Dalam pencarian itu, mata terpaut pada 1 laman, ismaindia.wordpress.com. Dengan 1 klik, segala resah dihati hilang tiba2. Alhamdulillah. Masih ada golongan yang mengamalkan semangat beraktiviti atas nama Islam di sana. Timbul niat ingin terlibat sama andai ditakdirkan Allah pergi ke sana. InsyaAllah.

Berbalik tentang belajar perubatan di India, memang banyak preview & input yang diperolehi. Hanya doa yang dapat dipanjatkan agar Allah merencana yang terbaik buat setiap manusia. Andai ini jalan yang terbaik buat ku, aku redha ya Allah. Sesungguhnya, Kau lah sebaik2 perancang.

Aku tidak menyesal memilih jalan ini kerana aku yakin akan janji Allah. Dan aku yakin walau di manapun kita berada, niat untuk menimba ilmu itu lebih penting. Orang yang menuntut ilmu kerana Allah juga sama seperti orang yang berperang kerana agama Allah. InsyaAllah.

5 comments:

  1. hmm macam tu la nmpknye mir..
    tp tu pun jpa yg uruskan..
    u mane un jpa yg arrange..
    juz doa2 jela dpt tmpt yg terbaik kan..
    amir dpt imu kan?
    sape ag pg sane?

    ReplyDelete
  2. aah imu...ad farah,sakinah,gulpret ..
    sal u india 2 kn..btter mnx manipal la...sbb prktikal die kat msia which is g0od kalu rase nk keje kat msia...

    ReplyDelete
  3. i know that..
    dah gtaw jpa dah sal manipal melaka..tp jpa xbg ah sbb it is considered a twinning program wlupun senanye it is just a twinning campus program..still manipal eventhough wat kat msia..tp da jpa xbg..nak wat cane kan..huhu

    ReplyDelete
  4. 0ic...nvm....d0a lah m0ga dpt yg tbaek~

    ReplyDelete