25 January 2011

Innama a'malu bin niat..


Amirul Mukminin Abi Hafsh Umar bin Khattab ra. berkata,
Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, "Sesungguhnya amal perbuatan itu disertai niat dan setiap orang mendapat balasan amal sesuai dengan niatnya. Barangsiapa yang berhijrah kerana Allah SWT dan RasulNya maka hijrahnya itu menuju Allah dan RasulNya. Barangsiapa berhijrah kerana dunia yang ia harapkan atau kerana wanita yang ingin dikahwininya maka hijrahnya itu menuju yang ia inginkan."
[Hadis pertama dalam hadis 40. Diriwayatkan oleh Abu Abdullah Muhammad bin Ismail bin Ibrahim bin Mughirah bin Bardizbah Al-Bukhari & Abul Husain Muslim bin Al-Hajjaj bin Muslim Al-qusyairi An-Naisaburi.]

Saya teringat usrah pertama bersama Kak Syirah. Niat menjadi persoalan utama. "Kenapa join usrah?" "Best ke usrah ni?" "Tak ganggu masa study ke?"

Mulut terkunci. Hati berkata-kata. "Kenapa aku join usrah ek?" "Oh, sebab kawan ajak kot."
Itu jawapan jujur dari hati. Astaghfirullah..betapa dungunya saya ketika itu.

Setelah beberapa ketika, rindu ingin bersua Kak Syirah. Usrah kedua ditetapkan. Alhamdulillah, saya makin faham kenapa perlu usrah. Kerana manusia mudah lupa.

Dulu, waktu di sekolah, sudah menjadi tanggungjawab untuk menyampaikan usrah. Atas nama jawatan. Waktu itu, "skrip" ustazah atau ustaz yang disediakan. Cuma tinggal menambah perasa sebelum dihidangkan kepada rakan2 di dorm. Walaupun begitu, ruang dan peluang itu dirasakan berharga sekali kerana kita yang mula2 tahu ilmu itu & diterima langsung dari ustaz dan ustazah pula. Memang beruntung.

Kali ini, kita yang menjadi pendengar. Menerima input ini memang kadangkala membosankan. Lalu, pelajaran hadis yang pertama menyedarkan diri dari lalai. Niat. Jangan sesekali kita abaikan niat kita. Setiap apa yang kita kerjakan itu mesti berniat. Contohnya, mak memasak di dapur. Kenapa? Niatnya hanyalah supaya keluarga dapat menikmati hidangan yang sihat & lazat, supaya tubuh badan sihat untuk beribadah kepada Allah SWT. Begitulah sebagainya.


Bercerita tentang niat, ramai anak muda sekarang makin lalai. Kenapa kita perlu ada Facebook contohnya? Bagi saya, dengan Facebook saya dapat berhubung semula dengan rakan2 yang dah lama tak bersua. Bukan tidak boleh berhubung melalui saluran lain, cuma rata2 semua rakan mempunyai akaun Facebook. Jadi, Facebook adalah saluran yang paling mudah untuk terus kekal berhubung dan saling nasihat-menasihati.

Begitu juga dengan blog, salah satu cara saya dapat mengutarakan pandangan & pendapat dalam pelbagai hal. Melalui blog rakan2 juga saya dapat meng"update" aktiviti mereka.

Menyentuh mengenai saluran sosial, ramai dari kalangan kita alpa dengan kecanggihan teknologi ini. Sebagai Muslim, kita lupa tujuan dan matlamat kita. Seperti juga saya sebelum ini yang lupa apa tugas sebenar Muslim. Nasihat-menasihati ke jalan benar. Tiada siapa mahu ke neraka. Tapi jangan sombong & lupa diri, mahu masuk syurga sendiri. Ajak seberapa ramai Muslim turut serta ke syurga. Bukan mudah, tetapi juga bukan sukar. Ayuh berubah!


Baginya (manusia) ada malaikat yang selalu menjaganya bergiliran, dari depan & belakang. Mereka menjaganya atas perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak akan merubah sesuatu kaum itu sebelum mereka mengubah nasib mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki keburukan terhadap sesuatu kaum, maka tak ada yang dapat menolaknya dan tidak ada pelindung bagi mereka selain Dia. [Ar-Ra'd:11]

Nasihat-menasihati lah sesama kita. Andai saya juga terlupa, ingatkan saya.

2 comments: