22 January 2011

Malas : Penyakit atau kebiasaan?



Saya selalu malas.
Malas nak bangun awal.
Malas nak mandi.
Malas nak jemur kain.
Malas nak angkat kain.
Malas nak lipat kain.
Dan sebagainya.
Tapi saya xmalas makan. ^^

Kenapa kita malas?

Mungkin sebab kita dah terlalu biasa dengan kesenangan. Dengan erti kate lain, sentiasa ada orang lain yang boleh melakukan house chores selain kita. Sebab itu kita mempunyai feeling bahawa kita tidak perlu melakukan semua itu. In other words, it's not our responsibility.

Sama seperti saya, di rumah ada ibu, ayah dan kakak yang sentiasa bangun awal. Apabila saya bangun, semua house chores tadi sudah diselesaikan oleh mereka. Apabila setiap hari juga begitu, saya membuat kesimpulan bahawa itu bukan tanggungjawab saya. Persoalannya, betulkah apa yang saya fikir itu?

Dalam Islam sendiri melarang kita bermalas-malasan. Usahkan rezeki, silap hari bulan habuk pun kita takkan dapat dengan bersikap malas. Jadi, rajin-rajinkan lah diri untuk membantu apa yang patut. Walaupun di rumah ada ibu, ayah & adik-beradik yang membantu, kita tak patut lepas tangan dengan bermalasan di rumah. Peluang yang ada di rumah ini harus kita manfaatkan dengan membantu keluarga. Nanti bila berjauhan, sekurang-kurangnya kita tak rasa bersalah & lebih mudah kita meminta pertolongan keluarga.

Seperti saya, walaupun saya kurang rajin, sekurang-kurangnya saya mesti bantu ibu di dapur. At least, saya dapat belajar ilmu baru yang tak diajar di sekolah mahupun di kolej dahulu. ^^




No comments:

Post a Comment