09 December 2010

9 12 2010

Manusia berubah.

Itu kenyataan yang aku belajar hari ni. Sebenarnya dah lama aku tau, tapi wat dek jek selame ni, sampai la hari ni, bila aku tengok dengan mata kepala sendiri. Sahabat baik aku dah banyak berubah. hmmm... Aku sendiri un da banyak berubah. Tapi aku tak pasti, berubah kepada lebih baik atau sebaliknya. Bagi aku, aku punya agenda sendiri sempena Maal Hijrah ni.. Biar aku dan Allah sahaja mengetahuinya. Tapi terkejut juga aku bila melihat depan mata aku sendiri sahabat baik ku berubah.. Berubah menjadi apa, tidak perlu ku terangkan disini. Sejenak aku terfikir, keadaan mampu merubah seseorang. Aku kasihan terhadapnya. Biarpun aku sendiri pernah hanyut suatu dahulu, namun aku bersyukur dikurniakan hidayah. Alhamdulillah.. Untuk menegur, aku belum punya kekuatan. Namun hati ni tidak putus asa, masih mampu titipkan doa agar pintu hatinya terbuka suatu hari nanti.. Aminnnn....