10 August 2011

Sabar!

Assalamualaikum wbt.

Akhirnya selepas 2 minggu kami berkampung di Deralakatte, Mangalore ini, program kami pun bermula. 1st MBBS. Kecuakan mula melanda diri masing-masing. Termasuk saya.

Pagi 8/8/2011 itu, kami seperti biasa menyusuri jalan di tepi YMC Hospital. Sesampainya di kolej, kami perhatikan sangat ramai manusia. Rupa-rupanya pelajar baru (tempe) mendaftar pada hari itu. Dan seperti biasa kami melangkah ke bilik Madam dahulu. Tidak lama kemudian, kami dibawa Madam ke Auditorium untuk sesi "Inauguration of 1st MBBS and BDS".

Setelah majlis itu selesai, kami pulang menunaikan solat zohor. Usai Zohor, kami kembali ke kolej dan terus mencari LH4. Kami agak lambat & nasib baik ada makcik (ibu pelajar) yang menegur kami mengatakan anaknya telah naik ke tingkat atas. Dan hanya selepas bertanya kepada seorang senior (tempe), barulah kami menjumpai LH yang dimaksudkan.

Batch kami seramai 146 orang, hanya kami bersepuluh pelajar antarabangsa. Masih merasa tertekan kerana budaya yang berbeza, kami mencuba untuk 'adapt to the surrounding'. Paling tidak tahan, mereka suka berhimpit. Dengan hawa yang masuk ke hidung menusuk kalbu, saya gagahkan jua. Ada yang suka ketawa apabila bertanya, mungkin mereka yang tidak faham apa yang kami katakan, atau mungkin juga kami yang salah faham. Miscommunication. Tapi saat diketawakan itu paling menyakitkan hati. Tapi apa boleh buat, sabar sahaja lah.

31 July 2011

Ahlan wasahlan ya Ramadhan!

Assalamualaikum wbt.

Malam ini kita bertemu kembali dengan bulan yang penuh keberkatan. Ramadhan al-mubarak. Seharusnya kita mengucapkan syukur kepada Allah kerana kita masih dapat bertemu Ramadhan. Kita masih diberi peluang membersihkan diri, melawan hawa nafsu, menambah amal jariah. Kita masih diberi kesempatan merasa lapar & dahaga hanya untuk sebulan disaat ramai lagi saudara seislam di luar sana yang merasa lapar & dahaga setiap hari.

Andai ada yang terlupa, elok lah diingatkan niat puasa. Kerana dari niat itu Allah mengira pahala & dosa. Dengan niat itu kita tahu apa yang kita kerjakan. Niat puasa itu seperti berikut.

Lafaz Niat Ringkas

نَوَيْتُ صَوْمَ رَمَضَانَ لِلَّهِ تَعَالَى

Niatnya: Sahaja aku puasa Ramadhan kerana Allah Taala.

Lafaz Niat Lengkap

نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ عَنْ أَدَاءِ فَرْضِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى

Niatnya: Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.

Sebenarnya, bangun untuk bersahur sudah dikira sebagai niat puasa.

Lafaz Niat Untuk Sebulan

نَوَيْتُ صَوْمَ شَهْرِ رَمَضَانَ كِلِّهِ لِلَّهِ تَعَالَى

Niatnya: Sahaja aku berpuasa sebulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.


Setelah berniat, maka kerjakan lah ibadah puasa itu sebaik-baiknya seakan-akan kita tidak akan bertemu lagi Ramadhan. Beribadah lah sesungguh-sungguhnya kerana kita tidak tahu bila malaikat Izrail akan datang menjemput kita. Kerjakanlah tarawikh biar sesibuk mana pun kita. Biar seminimum mungkin juga tidak mengapa. Kerana hanya di bulan ini sahaja kita dapat mengerjakannya.

Dalam sibuk membeli juadah berbuka, jangan terlalu mengikut hawa nafsu. Mengawal hawa nafsu itu tidak terbatas ketika di siang hari sahaja. Sebenarnya di bulan inilah Allah mengajar kita erti susah, erti nikmat & erti syukur. Maka apabila kita berbuka, haruslah bersederhana. Elakkan membazir. Kita harus ingat kita berpuasa untuk kita merasai kesusahan saudara seislam yang lain. Ketika kita berpuasa, mereka juga berpuasa. Tetapi ketika kita berbuka dengan mewahnya, adakah mereka juga berbuka begitu? Entah-entah, hanya makan roti dicecah air masak. Beringatlah, ramai saudara kita hidup melarat di luar sana.

Di bulan ini juga, banyakkan lah bersedekah. Kerana sedekah itu antara yang menemani kita di alam barzakh. Zakat itu wajib. Maka tunaikan lah mengikut syarak. Jamulah anak yatim & fakir miskin, sesungguhnya itu lebih baik dari berbuka di hotel mewah. Banyakkan berzikir. Sesungguhnya ada ganjaran dari Allah buat umatnya yang bibirnya sentiasa basah dengan zikrullah & hatinya sentiasa mengingati Allah.

Sama-samalah menjadikan Ramadhan kali ini Ramadhan yang paling bermakna buat kita seolah-olah kita tidak akan bertemunya lagi. Amin.

30 July 2011

Welcome to India!

Assalamualaikum wbt.

Petang 24 Julai aku & keluarga berangkat ke KLIA. Hari itu bermula lah perjalanan hidup aku ke bumi India. Aku tinggalkan keluarga & rakan-rakan dengan linangan air mata pada malam itu. Terasa air mata mengalir laju ke pipi saat aku peluk erat ibuku. Sebak meninggalkan ibu yang terlalu rapat denganku. Deraian air mata makin laju ketika aku memeluk yang lain. Doakan pemergian aku ke mari selamat hendaknya. InsyaAllah kita bertemu lagi tahun hadapan.

Aku lihat seorang pramugari yang sudah berusia menimbang beg penumpang yang ingin masuk ke dalam pesawat ketika aku check in. Dalam hati aku berdoa agar Allah permudahkan urusan aku ke India ini. Aku lihat semakin ramai rakanku yang ditahan kerana membawa hand luggage melebihi had berat yang ditetapkan. Aku masih ingat, kami diberitahu oleh pegawai MAS ketika predeparture di JPA, berat hand luggage tidak boleh lebih 5kg, tidak termasuk beg laptop. Tapi saat itu, lain pula jadinya,. Pramugari itu menimbang keseluruhan beg kami. Termasuk beg laptop!

Ketika sampai giliranku, sekali lagi aku berdoa agar urusanku dipermudahkan. Pramugari itu mengarahkanku meletakkan setiap beg ku di atas atas penimbang. "Ok, 16kg. I'm not gonna charge you but you have to pick 1 bag to be put in the cargo since you bring 3 bags into cabin. You can only bring 2 bags." Alhamdulillah. Allah mudahkan urusanku. Namun masih ramai rakan yang terkandas. Mereka harus membayar sejumlah wang untuk lebihan berat itu. Walau bagaimanapun, kami semua dapat menaiki pesawat yang dijadualkan walau delay 20 minit.

Ini merupakan pertama kali aku menaiki pesawat. Hanya Allah sahaja yang tahu betapa gerunnya aku ketika pesawat itu mula memecut membelah angkasa. Dengan gegaran yang agak kerap, aku semakin cuak. Mujur penerbangan itu pada waktu malam. Sekurang-kurangnya aku tidak gayat bila melihat awan biru & merasakan ketinggian itu. Yang aku lihat hanyalah gelap malam. Dan beralaskan lengan, aku lena sehingga tiba masa untuk mendarat.

Alhamdulillah kami selamat sampai di Bengaluru International Airport jam 1130 pm waktu India. Perjalanan mengambil masa 4 jam itu amat memenatkan. Namun apakan daya, kami hanya tidur di atas kerusi di Arrival Hall airport itu. Kami tidak dibenarkan keluar dari airport, memandangkan connecting flight kami ke Mangalore hanya beberapa jam lagi. Jadi kami hanya bermalam di airport. Aku juga sempat melelapkan mata, melepaskan penat.

Keesokan paginya, kami check in semula untuk terbang ke Mangalore. Semasa check in cargo luggage, sekali lagi kami berhadapan dengan masalah lebih berat cargo. Ada yang bernasib baik, berada di kaunter yang tidak mengambil kira lebihan berat itu, tapi ada juga yang kurang bernasib baik, berada di kaunter yang terlalu ketat soal lebihan berat. Jadi ada antara kami yang terpaksa sekali lagi mengeluarkan sejumlah wang untuk lebihan berat itu. Kawalan keselamatan di airport Bengaluru ini sangat ketat. Sehingga setiap inci tubuh juga diperiksa. Gunting yang aku simpan dalam beg laptop juga dirampas. Mungkin mereka perlu berhati-hati memandangkan Mumbai baru sahaja diserang tidak lama dahulu. Penerbangan kami menaiki 2 pesawat. Kingfisher & Jet Airways. Mereka yang menaiki Jet Airways terbang dahulu diikuti kami yang menaiki Kingfisher. Penerbangan mengambil masa 1 jam dari Bangalore.

Setibanya kami di Mangalore, kami disambut oleh senior-senior dari kolej masing-masing. Setelah diberi sedikit taklimat oleh Presiden MSAI Mangalore, kami dibawa ke kolej masing-masing menaiki bas. Dari Mangalore airport ke Yenepoya University mengambil masa kurang lebih 1 jam. Alhamdulillah, akhirnya kami selamat sampai ke kolej masing-masing.

19 July 2011

Nauzubillah..

Assalamualaikum wbt.

Baru selesai membaca sebuah artikel karangan seorang penulis blog amatur seperti saya juga. Melihat tajuknya sahaja, sudah membuatkan diri ini tidak sabar-sabar membacanya. Mahu tahu tentang apa?

Tentang Orphancare. Pernah dengar? Orphancare, sebuah intitusi yang memberi perlindungan kepada bayi-bayi malang. Sama ada bayi luar nikah, ataupun bayi daripada keluarga yang tidak mampu menjaganya. Sesiapa yang mahu meninggalkan bayinya, hanya perlu meletakkan bayi itu dalam 'box' yang disediakan. Dan kemudian pihak pengurusan akan cuba mendapatkan keluarga angkat untuk bayi-bayi tersebut.

Pada pandangan saya, urusan itu semudah ABC. Ya. Memang niat itu murni. Mahu menyelamatkan anak-anak yang tidak berdosa. Kerana yang silap itu ibu bapanya. Bukan bayi itu. Namun begitu, jika penyelesaian semudah ini, pasti penyebab berlakunya masalah ini tidak akan pernah selesai. Malahan mungkin boleh jadi lebih parah.

Mengapa? Bukankah sudah cukup bagus wujudnya pusat perlindungan seperti ini? Maka tidak adalah lagi masalah pembuangan bayi. Manusia tidak akan jadi lebih kejam dengan membunuh zuriat sendiri.

Ingatlah, jangan sesekali ambil jalan mudah. Niat tidak boleh menghalalkan cara. Kerana mahu menyelamatkan bayi-bayi itu, kita lupa bahawa pokok kepada segala masalah ialah kurangnya didikan agama. Umat Islam sendiri semakin tidak takut dengan hukum Allah. Memang betul kita tidak ada hak untuk menghukum tetapi kita ada hak untuk mengubah. Jika kita tidak mampu mengubah dengan tangan, kita harus mengubah dengan lidah. Jika tidak mampu mengubah dengan lidah, ubahlah dengan hati. Dan itulah selemah-lemah iman. Namun, cuba kita renungkan, adakah kita sudah cuba mengubah dengan tangan (kuasa)? Atau sudahkah kita cuba mengubah dengan lidah (menasihati)? Atau sekurang-kurangnya sudahkah kita cuba mengubah dengan hati (muhasabah diri)?

Adakah ini penyelesaiannya? Pada pendapat saya, situasi ini hanya mengundang kepada lebih banyak penzinaan. Kerana sesiapapun yang menghantar bayinya kesini, tidak dikenakan apa-apa hukuman. Mereka bebas menghantar bayi ke sini tanpa perlu banyak soal jawab.

Apa kita tidak lagi takut dengan azab Allah SWT?
Assalamualaikum wbt.

Semakin lama, aku semakin mengerti. Belajar daripada kehidupan. Memang banyak yang kita boleh pelajari daripada hidup ini. Ragam manusia. Ragam diri sendiri.

Aku marah. Marah pada orang tua ku sendiri. Hanya kerana sesuatu yang mula aku sayang. Aku tak sanggup kehilangan sesuatu itu. Namun aku tahu, aku tidak punya hak terhadapnya. Tapi aku sayang. Kerana orang tua ku sudah tidak mahukan ia, aku marah. Aku tidak menegur orang tua ku. Berdosanya aku.

Aku tahu semua itu. Namun sampai saat ini aku masih dingin. Kerana pada pendapatku itu satu keputusan tidak wajar.

Ya Allah, ampuni dosaku.

04 July 2011

Kita bertemu sekali lagi..

Assalamualaikum wbt.

Entry kali ni berkisar aktiviti aku hujung minggu lalu. Berprogram di Shah Alam bersama teman-teman seperjuangan & kakak-kakak penganjur program. Ada yang sudah bekerja, berkahwin, mempunyai anak, yang masih belajar pun ada. Program 'Ayuh 2011'. Khas untuk mereka yang bakal terbang ke India & Indonesia. Tapi yang tidak terbang ke sana pun masih boleh join.

Aku lah orang yang paling lewat tiba pagi itu. Terima kasih kak Ain Samad yang sudi pick di KTM. Sampai di perkarangan Masjid Negeri yang tersergam indah itu, aku lihat teman-teman ku dan rakan-rakan dari kolej lain sedang berkumpul untuk memulakan aktiviti. Syukur aku masih sempat mengikuti aktiviti mereka yang baru hendak bermula. Seronok sebab dah lama tak main. Rasa macam kembali ke zaman kanak-kanak dulu. Namun, semua permainan itu bukan sekadar hiburan, ada ibrah disebaliknya. Ibrah itulah yang mendidik hati-hati kami menjadi lebih baik & bersyukur dengan nikmat pertemuan yang telah Allah swt takdirkan.

Petang itu, kami dibawa ke Desantai Homestay. Rumah yang selesa buat kami menjalankan aktiviti seterusnya. Malam itu sangat berharga. Usai maghrib, aku turun untuk bersama-sama membaca ma'thurat. Ketika ingin duduk, aku perhatikan seorang wanita yang aku rasa aku amat cam susuk tubuhnya. Oleh kerana tidak memakai cermin mata, pandangan aku agak kabur. Namun, mungkin kerana wanita itu mengenaliku, dia melambai kearahku. Saat itu aku pasti. Dalam hati aku menjerit, 'Kak Syira!!' Dan akhirnya kami berpelukan & berlinangan air mata di tengah-tengah halaqah, dihadapan semua orang. Malunya!

Tapi malam itu aku sangat gembira. Gembira Allah mempertemukan aku dengan Kak Syira. Aku rindu padanya. Kerana kami sudah lama tidak bersua. Sungguh lama. Aku rindu usikannya, jenakanya, semangatnya semasa berdakwah, mendidik hati-hati kami, adik usrahnya. Aku rindu kamu, kak.

Orang kata, kalau gembira, pasti ada duka. Aku rasa ada betulnya. Kerana malam itu juga aku bersedih. Tidak pasti perkara itu terlalu besar atau penting untuk aku bersedih atau tidak. Yang pasti aku bersedih. Sampai saat aku menulis entry ini, aku masih bersedih. Memikirkan terlalu banyak hal. Memori yang terlalu banyak. Aku asyik bertanya, Ya Allah, kenapa Kau uji aku dengan perkara ini sekarang? Disaat aku lagi runsing memikirkan perihal ke luar negara. Disaat aku mesih belum mempersiapkan diri untuk terbang ke negara orang. Mengapa tidak dahulu lagi? Mengapa setelah sekian lama, baru sekarang perkara ini terjadi? Namun aku pasti ada hikmah disebaliknya, biarpun soalanku tidak berjawab. Aku redha ya Allah.

Ketika balik ke rumah, aku diuji lagi. Kali ini bas rosak. Sudah la dalam bas berhimpit, apabila bas rosak, terpaksa menunggu bas lain pula. Bas yang sampai itu pun sudah sedia penuh, ditambah lagi oleh kami, macam tin sardin jadinya. Namun aku tabahkan hati dengan harapan dapat pulang dengan selamat. Alhamdulillah, sepanjang perjalanan, tiada perkara buruk berlaku, hanya setakat kaki dan bahu yang lenguh berasak di dalam bas.

Dan akhirnya aku selamat jua tiba di rumah malam itu biarpun agak lewat. Aku bersyukur padaMu ya Allah, Kau takdirkan aku pergi ke program itu. Sesungguhnya, hikmahMu itu sangat luas ya Allah. Alhamdulillah.

30 June 2011

UNIC~Mahligai Kasih

hayati lirik lagu ini..

Duhai kasih cuba kau dengarkan
Bisik hati penuh kejujuran
Dengan sepenuh keikhlasan
Ku dambakan pengertian

Jangan kau dengar fitnah dunia
Kerna ianya dusta semata
Menghancurkan kesucian
Jalinan kebahagiaan

Sebenarnya aku merasa
Sinar cahaya yang gemilang
Ketika kau beriku harapan

Dan sering aku harapkan
Cinta berlandas keimanan
Dan kasih suci kita kan diberkati

C/o:
Ku cuba sedaya
Agar dirahmati perhubungan yang telah terbina
Kerna pasti aku
Yang akan merasa pedihnya kehilangan insan sepertimu

Tuhan berikanlah
Ketabahan hatiku untuk membina impian kasihku
Bersama mengharapkan
Ketulusan cinta ini untuk membina mahligai bahgia..

29 June 2011

At last..

akhirnya aku berjaya jugak menaip entry yang kesekian kalinya setelah lama terperap di rumah tanpa meng'update' blog ku ini..hehe

ok, takde cerita baru, cuma besok (30/6) akan pergi ke putrajaya untuk program predeparture..(dapat duit!!) huhu..kena la bangun extra awal nampaknya..

next, nak kongsi sikit tentang satu rancangan tv yang aku baru je tengok tadi. "Bersamamu". ok mestila cerita sedih kan? memang pun. selalu aku tengok tak la sampai meleleh air mata. tapi kali ni dah terleleh la pulak.

kisah tentang seorang isteri merangkap ibu yang menjaga suami yang sakit stroke, dan seorang anak OKU selain anak-anaknya lain yang masih kecil. family tu sederhana je pada mulanya. tapi suatu hari si suami diserang stroke yang menyebabkannya lumpuh seluruh badan. langsung si suami tak boleh menyara keluarga lagi. jadi, si isteri la yang kena keluar bekerja menggantikan si suami yang bertugas sebagai pengawal keselamatan. namun, si isteri tak dapat kerja lebih lama memandangkan si suami dan anak-anak lebih memerlukan perhatiannya. terpaksalah si isteri berhenti kerja.

mengapa aku menangis? haaa sebab terharu sangat tengok pengorbanan si isteri tu. si isteri jauh lebih muda daripada si suami. jadi ada je possibility untuk si isteri tinggalkan si suami yang sakit tu. macam yang kita selalu dengar dalam masyarakat kita sekarang. masa sihat sayang, bila dah sakit tinggalkan. ataupun masa senang sayang, bila susah tinggalkan. tapi tidak bagi si isteri. rasa kasih dan cinta sangat menebal untuk si suami. si isterilah yang menjaga, memandikan, membersihkan, menyuapkan makanan, sentiasa ada bila diperlukan. sebab itu aku menangis. betapa kasih nya seorang isteri terhadap suami hingga tekad tidak akan meninggalkannya dalam keadaan apa sekalipun. meski hidup miskin, takkan sesekali ditinggalkan suami yang dicintai. sudah lah anak OKU, si ibu tetap sayang. tetap menjaganya tanpa sekalipun mengeluh. sepanjang menonton tadi, aku asyik membayangkan betapa besar pengorbanannya & betapa besar pahalanya disisi Allah SWT. aku mendoakan agar si isteri tadi masuk syurga. Amiinn..

03 June 2011

Bila doktor jadi cikgu..

disebabkan teringin sangat nak tengok Nur Kasih The Movie yang hanya ditayangkan di pawagam, aku pun bawa la mak & adik aku yang cuti seminggu je ke Jusco S2. mula2 mak tak nak ikut. yela, nak pergi tengok wayang kan, zaman muda2 dulu mak pernah la pergi. tapi sejak da beranak pinak ni da tak pernah jejak kaki kat panggung wayang. tapi setelah didesak adik yang beria2 ajak mak tengok, mak pun bersiap la juga. hehe. seronok bawa mak jalan2. yela, mak memang jarang dapat jalan2 kat shopping complex. dengan usia tambah lagi keadaan kaki mak yang selalu sakit, mak jarang jalan2. duduk rumah je. tak pun pergi rumah wan. rumah kenduri. tu jela. kami 1 family memang jarang dapat jalan2 atau bercuti kemana2. tapi takpe, kebahagiaan itu bukan terletak pada percutian atau berapa banyak masa dihabiskan dengan berjalan kan.

alhamdulillah selamat sampai di Jusco, parking pun tak susah sangat nak dapat. tiket pun sama. walaupun nampak macam crowded, tapi line untuk beli tiket tak panjang. alhamdulillah sempat beli tiket untuk tayangan pukul 350 pm. tak sempat nak lepas lelah, terus masuk panggung. overall ceritanya ok la, memang sedih tapi tak la sampai menangis. tapi ada je orang lain yang dah tersedu2 nangis. huhu. cuma mungkin kena tengok lagi sekali untuk betul2 paham jalan ceritanya. bagi orang yang agak 'slow' macam aku ni, kena la tengok lagi sekali..(seriously masih tak berapa paham plotnya..huhu)

habis tengok wayang, kami solat di surau Jusco. beli roti untuk bekalan dalam kereta & terus balik ke Kuala Pilah. alhamdulillah selama memandu, tak terjadi apa2 kecelakaan atau musibah. alhamdulillah. sampai di Kuala Pilah, mak nak singgah di benteng (bustand Kuala Pilah petang2 jadi pasar malam, mostly jual makanan)..sedang aku tunggu mak kat kereta, along pun telefon beritahu bangah dah sampai dari kelantan. dalam hati aku hairan juga, laju betul dia bawa kereta. huhu..

sampai dirumah, hati rasa gembira sangat dapat jumpa eisya, my only niece (for the time being)..macam2 kitowang sakat dia. memang jadi mangsa buli la eisya bila balik sini. hehe. tapi yang paling best, aku dapat ajar dia abc. it is best sebab dia nak ikut apa yang kita ajar. tapi sedih juga bila teringat cita2 aku dulu nak jadi cikgu. tapi sekarang aku akan jadi doktor. tapi takpe. aku dah ada plan untuk capai dua2 sekali. cuma perlu masa & kesabaran. insyaAllah.





ni semua hasil tulisan eisya yang mendapat bimbingan maktehnya..

29 May 2011

Here I am in IMU!!

right after exam finished, aku terus memandu arah hidup ke IMU(cewah)..dengan bantuan sahabatku Medec, aku pun sempat la naik KTM pukul 5.20pm(lebih kurang)..turun di tasik selatan, then naik LRT ke sri petaling..sampai di sri petaling dah pukul 6.10pm. itu pun sebab LRT banyak dan cepat sampai. Alhamdulillah akhirnya sampai jugak ke IMU. sahabat baik ku Sakinah jemput dari LRT ke Vista Komanwel B(the hostel for IMU students)..

Bila dah puas lepas lelah, kami pun keluar makan usai maghrib. sempat contact Amir Nazri & Gurpreet untuk join makan sekali. kami makan di gerai tepi jalan yang femes for nasi lemak ayamnya. jadi aku pun cuba la. memang sedap tapi malangnya tak dapat habiskan(membazir betul)..dan terpaksa balik awal sebab batuk yang tak henti2..huhu

gurpreet & sakinah before pergi dinner & tengah tunggu amir..

breakfast first disediakan oleh chef sakinah..

besoknya, duduk bilik Sakinah je. disebabkan internet yang sangat dahsyat lajunya, aku pun melayari internet sampai tak ingat dunia sementara tunggu Sakinah balik dari lecture nya..After lunch di cafe IMU bersama Farah, Aisyah, Amir, Zul & Fatin yang baru je kenal, kami pun balik ke apartment & tidur..hehe

Malamnya, kami me'lagha' ke Giant Kinrara. Sakinah sempat mengamuk disebabkan pakcik teksi yang seolah2 cuba menipu kami dengan mengikut jalan jauh..huhu..pakcik tu ingat kami tak tahu jalan agaknya..usai beli barang, kami makan di food court & balik setelah puas menelefon radio taxi beberapa kali..huhu

ni la yang aku beli kat giant tu..tak puas minum..huhu

breakfast 2nd disediakan oleh chef kinah jugak..ciap ada nama tu..

Besoknya merupakan kenangan indah & pengalaman manis dalam hidup aku sebab bertuah dapat ikut lecture IMU..tanpa perlu bayar apa2 fee..hehe..setelah berjaya menyelinap masuk kedalam kampus IMU, & berjaya juga masuk ke lecture hall, aku pun dapat duduk sekali dengan 200+ student first intake 2011 IMU..hehe..kami belajar thyroid gland & benda2 yang berkaitan dengannya..hehe..agak best sebab aku dah belajar sikit2 dekat KTT..macam refresh balik benda2 yang dah belajar & tambah lagi ilmu yang memang dah sedia ada..Alhamdulillah..tambah lagi duduk sekali dengan Amir Susah Nak Jumpa..hehe..memang kelakar habis..

Amir Susah Nak Jumpa & sakinah sewaktu lecture pertama yang aku ikut..huhu

tengahari tu sangat best sebab ustazah datang jumpa kami & bawak kami makan di "Awan Dania"..hehe..memang seronok sangat sebab ustazah sempat datang jenguk kami walaupun sibuk..berborak panjang sambil makan, solat zohor & kemudian ustazah hantar kami balik ke Vista..terima kasih ustazah..=)

malamnya, disebabkan gurpreet tak dapat ikut, hanya Amir yang sanggup teman kami..makan di tempat special, 'Santai Cafe'..berkonsepkan open air..makanan boleh tahan sedap, harga pun boleh tahan jugak..hehe..& memang seronok makan malam tu sebab aku yang batuk tak elok2 ni dengan berani nya minum cold apple juice..dan kena marah dengan 'doktor-doktor' yang makan semeja dengan aku..huhu

sakinah posing maut di Santai Cafe..

Amir Nazri malu2 kucing bila diri beliau diambil gambarnya..

malam tu jugak aku bertuah sebab dapat jumpa Janice & Mei Ying..lama jugak la berborak & melepaskan rindu sampai la Sakinah terlelap..haha..sampaikan Janice tanya pukul berapa Sakinah nak pergi lecture besok, dia jawab "pukul 10"..haha..

besoknya adalah hari terakhir aku di IMU..sekali lagi aku ikut masuk lecture. dan topik hari tu sangat menarik bagi kebanyakan student disitu. "Male reproductive system"..huhu..dan bertambah geram sampai rasa nak debik je Amir Susah Nak Jumpa yang duduk sebelah aku sebab dia asyik dok kacau aku je dengan topik tu..arghhhh..siap kau Amir bila kita jumpa lagi!!

dan setelah menunggu Sakinah selesai dengan COPnya, kami pun bergerak pulang ke Vista dengan pantasnya untuk kemas barang2 & beg masing2..kami bergegas pula ke stesen LRT sri petaling untuk ke KTT.. perjalanan Alhamdulillah tak mengambil masa yang lama..kami bertolak pada pukul 1145am & sampai ke KTT pada pukul 100pm..

Dan seterusnya aku pun bergegas bersiap untuk graduation day di Nilai Springs, manakala Sakinah terpaksa tunggu dirumah sampai la kami balik..kesian..tapi pengalaman di IMU memang sangat best..dan tak mungkin aku lupakan sampai bila2 insyaAllah..

22 May 2011

Kisah jiranku..

dah beberapa kali aku terdengar jiran sebelah bergaduh. biasalah, sedangakan lidah lagikan tergigit, nikan pulak suami isteri. tapi kalau setakat tinggi suara takpe lagi, tapi kalau dah naik tangan kaki atas badan, siapa lah yang tahan. siap keluar perkataan "b**i", "s**l", macam2 lagi la. padahal ada anak kecil yang umurnya tak sampai 1 tahun dalam rumah itu. padahal kakak & abg iparnya & bayi mereka yang baru lahir pun ada dalam rumah itu. paling memalukan, ibu bapa mereka pun ada dalam rumah itu. aku tertanya2 kenapa tiada siapa yang bersuara supaya si suami tidak bertindak keterlaluan seperti itu?

ya, mungkin betul itu urusan mereka, mereka punya keluarga sendiri, jadi tiada siapa berhak masuk campur urusan mereka. tapi kalau dah sampai tahap pukul, belasah isteri, takkan mahu diam sahaja? takkan ibu bapa dalam rumah itu tidak mampu untuk menghalang anak mereka memperlakukan isterinya seperti binatang? isteri itulah yang telah bersusah payah mengandung selama 9 bulan, mengharungi payahnya bersalin, menyusukan, menjaga anaknya sehingga sekarang. tak terfikirkah semua pengorbanan si isteri? isteri itulah juga yang keluar mencari rezeki tika si suami sedang asyik lena dibuai mimpi indah di rumah. suami jenis apakah itu? langsung tidak bertanggungjawab.

kali terakhir mereka bergaduh, pagi jumaat. hanya kerana hal yang kecil, si suami naik angin lagi. si suami itu memang terkenal dari kecil dengan barannya. ingatkan apabila sudah beranak bini, berubah lah. rupanya tidak. makin teruk pula. akhirnya si isteri nead pulang ke kampung halaman dengan membawa anaknya. berlakulah satu lagi pergaduhan bilamana si datuk pun masuk campur. si datuk tidak membenarkan cucunya pergi. yela, sedari kecil sudah duduk di rumah datuk, masakan mampu berenggang sekejap. tapi bagi aku, datuk itu tidak patut emosi. datuk itu patut lebih arif. lebih fikir jauh ke hadapan. biarlah suami isteri itu jauh sekejap. mana tahu, terbuka pintu hati si suami untuk berubah. itu doaku.

semoga Allah memberi petunjuk & hidayah kepada kita semua dalam menghadapi ujian hidup. Amin..

17 May 2011

Kebahagiaan di hujung minggu..

wah, setelah sekian lama memikirkan apa yang nak dipost, akhirnya ada jugak idea. tidak lain tidak bukan, apabila anda ada pengalaman yang menarik untuk dikongsi, pasti tangan dengan mudah menyusun ayat menceritakan segala kenangan. (skemanya...)

hujung mingguku memang sangat happening. kenapa? sebab hujung mingguku dihabiskan dengan membantu semampunya di dapur untuk program yang melibatkan anak yatim. walaupun tak jadi fasi. atleast dapat sumbang sesuatu yang lain, yang tak kurang pentingnya.

ok lah, tak payah cakap banyak la pasal apa yang aku dah sumbangkan, tapi kita cakap banyak tentang sesuatu yang jarang dan payah untuk kita dapati. perasaan bahagia bersama orang2 yang kita sayang, yang kita hargai kerana kita tahu masa yang tinggal untuk kita bersua tidak banyak tersisa. terlalu singkat masa yang tinggal untuk kita bersama2 lagi. tidak lama lagi, ada yang sudah mahu tebang tinggi mengejar cita2, tidak kurang juga yang sibuk mentelaah kerana peperiksaan bakal tiba. hari2 kita akan datang akan bertambah sibuk. waktu & jarak memisahkan kita. kita terpisah jauh, makin jauh & makin jauh. mungkinkah kita akan merindui satu sama lain nanti? semoga Allah satukan hati2 kita walau dimana jua kita berada, sahabat.

pertemuan kali ini bertambah manis kerana kita bersua atas dasar membuat amal jariah. amal jariah kepada adik2 yang tidak punya mak ayah. tidak mempunyai keluarga lengkap seperti kita. adik2 yang telah dipilih Allah untuk diuji sedari kecil. sedangkan kita sehingga sekarang merasai nikmat kurniaan Allah sehingga mendapat tajaan untuk belajar. Alhamdulillah..betapa beruntungnya kita. tapi kasihan, adik2 yang kita temui tidak begitu. maka kita telah bersatu, berkumpul untuk membantu, membantu setakat yang mampu, memberi motivasi, semangat, agar adik2 itu tabah menghadapi ujian hidup mereka, kerana sesungguhnya Allah amat menyayangi mereka. awan kelabu itu akan berarak pergi jauh dari hidup mereka & sinar mentari itu pasti akan menyinar suatu hari nanti. cuma perlu sabar, redha & yakin pada Allah.

gelak tawa kita bersama setiap detik itu pasti akan ku ingat. kenangan itu terpahat dalam hati. air mata pun boleh gugur bila teringat kisah kita. sahabat. aku merindui kalian walau baru sahaja bersua. alangkah bahagianya hidup kita andai kita tetap bersama selamanya. kerana kita bersahabat dengan ikhlas, kita membantu dengan ikhlas. moga persahabatan kita semua diberkati Allah.





ustazah yazilmiwati, kak nadia, ikhwan, acap, amir, lad, isma, fiqri, ain, huda, kinah, juni, diana, maryam, alya, hazirah. kalian dalam ingatanku..

11 May 2011

...

aku rase aku depressed sgt999999999
da xtahu nak buat apa tok happykan diri sendiri
air mata ni degil xreti nak stop
ALLAH
hebat betul ujian Mu kali ni
aku rase nak give up je
aku tak larat dah Ya Allah
aku cume nak happy
sekejap pun jadi lah
tolong la Ya Allah

06 May 2011

Tangan gatal..

Bila tangan gatal, biasanya mak akan cakap "ni mesti ade orang nak bagi duit ni.." Tu la dialog mak. (Dah hafal..) Tapi kali ni, bukan gatal itu yang dimaksudkan ialah menekan2 & menenyeh2 keyboard ini. hehe
tengah pikir, ape aku nak buat ni ek??

Senanye takde ape pun yang nak ditulis, tapi sebab bosan yang teramat sangat sampai dah tak tahu nak buat ape lagi, tu yang gatal2 nak menekan2 & menenyeh2 keyboard ini. Huh!

huh! da gatal sangat tangan tuh sampai kuar 'anak tangan'!!

Kesian incik keyboard ini. Asyik ditekan2 & ditenyeh2 tanpa belas kasihan. Semakin banyak aku tekan, semakin kuat aku tekan. (paham tak? buat2 paham jela)

Nasib baik incik keyboard ini tidak boleh berkata2. Kalau tak mesti dah lama dia maki aku. Huhu
cantik semacam jek..mesti alienware nih!!

Oh baru teringat! Besok aku pegi main bowling kat Alamanda. So sesapa teringin nak jumpa aku, sila2 la datang Alamanda. ( macam la ade orang nak jumpe..)

Last but not least, maaf andai tangan yang gatal ni mengganggu hidup sesiapa jua yang masih hidup, atau pernah hidup, atau akan hidup. Huh! (Dah sah kurang siuman..)
ok nak sambung menenyeh!!

03 May 2011

Monsoon rain..

wah..tetibe je macam jiwang plak kan title entry kali ni..hehe
bukan apa, act, harini kitorang akan menonton 1 movie kannada, tajuk dia "Mungaru Male" atau in english, "Monsoon Rain". Bak kata lecturer kitorang, movie ni best. Kisah cinta la katakan. hehe
Tapi yang tak besnye ialah kitorang diberi 1 lagi assignment, yang sebenarnya 2 ( 1 group, 1 lagi individual )..huhu
tapi pape pun, let's enjoy the movie this afternoon!

ha, anda boleh baca tak? saya boleh! =)

hero & heroin kowt..=)

02 May 2011

Simple!

setelah penat melihat blog yang terlalu cantik di'advanced'kan, akhirnya aku memilih untuk menukar layout. hehe.. sangat simple..tapi sedap mata memandang..kan3???

p/s:ain cepat la balik..huhu..

30 April 2011

Balik ke Sunway!!

MasyaAllah rindu giler kat Sunway..Bila Ustazah ajak main bowling kat Sunway Pyramid, memang tak pikir pape langsung, terus jawab nak join! Sebenarnya Sahabat Society yang anjurkan, kitorang ni jadi guest players je. Tapi walaupun jadi guest players je, kitorang menang! Yeay! Alhamdulillah..Tak sia2 datang dari jauh..Sempat upload beberapa wajah yang happy..=D

me + ain

wan + ain

ustazah + afif + junior yang aku tak tahu nama

junior2 mufy + ausmat + a-level sunway kowt

me + lad (^^)

25 April 2011

Ini peranan kita..

Dari Suhaib bahawa Rasullah saw pernah bercerita:

Di zaman sebelum kamu dahulu ada seorang raja yang mempunyai seorang tukang sihir . Bila tukang sihir tersebut merasa dirinya telah tua, dia berkata kepada raja tersebut “Aku telah tua. Carilah seorang budak (yang paling cerdik) yang boleh aku ajarkan kepadanya sihirku . Lalu dicari seorang budak dan tukang sihir tersebut mengajarkan kepadanya ilmu sihirnya.

Di pertengahan jalan menuju ke tempat belajarnya, terdapat seorang rahib. Budak tersebut telah duduk sebentar mendengar ajaran rahib tersebut dan merasa seronok dengannya. Selepas kali tersebut, setiap kali melalui temoat rahib, budak tersebut akan berhenti dan mendengar ajarannya. Akhirnya bila tiba kepada tukang sihir, ia dipukul (kerana terlambat). Lalu ia mengadu kepada rahib, rahib berkata kepadanya, “Jika kamu tajutkan tukang sihir, katakana kepadanya bahawa ibu bapaku menahanku (dirumah). Jika kamu takutkan ibu bapamu (kerana lewat pulang), katakan kepada mereka berdua bahawa tukang sihir telah menahanku.”

Waktu berlalu dan pada suatu hari budak tersebut telah bertemu dengan seekor binatang besar (singa) yang menghalang laluan orang ramai. Budak tersebut berkata didalam hatinya: pada hari ini aku akan tahu siapakah yang lebih hebat, tukang sihir atau rahib. Lalu diambilnya seketul batu dan dibaca: “Ya Tuhan, jika sekiranya rahib lebih engkau cintai dari tukang sihir, maka bunuhlah binatang ini dan berilah laluan kepada orang ramai.”

Lalu dilontar batu tersebut dan binatang tersebut pun mati. (Orang ramai sanga kagum dengan budak tersebut dan mengatakan dia mempunyai ilmu yang kita semua tidak mengetahuinya.)

Perkara tersebut diceritakan kepada rahib. Rahib berkata kepadanya; “Engkau pada hari ini telah menjadi lebih hebat dariku. Engkau telah sampai ke peringkat yang aku dapat lihat sekarang. Tapi ingat, Engkau nanti akan diuji. Apabila engkau diuji oleh Allah, maka jangan sekali- kali engkau memberitahu tentang aku”

Budak tersebut berjaya mengubat penyakit kusta dan sopak. Dia juga dapat mengubat semua penyakit yang dihidapi oleh orang ramai. Suatu ketika seorang yang dekat dengan raja telah terkena satu penyakit sehingga buta matanya. Apabila mendengar tentang kehebatan budak tersebut dia telah membawa hadiah yang banyak. Dia berkata kepada budaktersebut: “Semua ini untukmu jika engkau dapat menyembuhkan mataku.”

Budak itu berkata kepadanya: “Aku tidak mampu menyembuhkan sesiapa. Hanya Allah yang dapat menyembuhkan. Jika engkau beriman dan percaya kepada Allah, aku akan berdoa dan Allah akan menyembuhkan penyakitmu”. Lalu si pembesar buta tersebut percaya dan beriman kepada Allah. Budak tersebut mendoakan untuknya dan matanya pun sembuh seperti sediakala.

Pembesar tersebut datang seperti biasa kepada raja. Raja terkejut dan bertanya kepadanya: “Siapakah yang mengembalikan penglihatanmu?” Kata pembesar tersebut: “Tuhanku.”

Raja sangat marah dan mengatakan: “Adakah tuhan yang lain selain dariku??”

Lalu pembesar tersebut ditangkap dan disiksa hingga dia pun membongkarkan ajaran budak tersebut. Budak tersebut dibawa kepada raja lalu raja bertanya: “Aku telah mengetahui kehebatanmu, sekarang kamu dapat menyembuhkan penyakit itu dan ini san dapat melakukan itu dan ini.”

Lalu budak itu menjawab: “Aku tidak dapat menyembuhkan sesiapa. Hanya yang dapat meyembuhkan ialah Allah. Lalu iapun ditangkap dan terus disiksa sehinggalah ia pun mengbongkarkan rahsia rahib (kerana idak tahan dengan siksaan).

Lalu rahib pun ditangkap. Ia diarahkansupaya meninggalkan agamanya tetapi rahib menolak. Lalu dibawa gergaji dan diletakkan di atas kepalanya dan digergaji. Tubuhnya terbelah dua dan keduanya melerai ke bumi.

Budak tersebut lalu dibawa lagi kepada raja. Raja berkata: “Balik semula kepada agama asalmu”. Budak menolak lalu raja memanggil sebahagian dari kumpulannya dan dikatakan kepada mereka: “Bawa budak ini ke bukit sekian- sekian dan jika sekiranya ia tetap enggan, campakkan dari atas bukit tersebut. Lalu mereka membawanya ke atas bukit. Tiba di sana, budak berdoa kepada Allah: “Ya Allah, tolonglah aku dengan cara yang Engkau kehendaki.”

Tiba- tiba bukit bergegar dan jatuh kesemua orang- orang raja tersebut. Budak balik berjalan lepada raja. Raja bertanya: “Mana dia kawan- kawanku?” Jawab budak: “Allah telah menolongku menghadapi mereka. Lalu raja memanggil sebahagian lagi kumpulannya dan berkata: “Bawa budak ini ke tengah laut. Jika dia enggan.campakkan dia ke dalam laut”.

Bila tiba di tengah laut, budak tersebut berdoa dengan doa yang sama.tiba- tiba perahu tenggelam dan semua kumpulan raja mati lemas. Budak balik semula kepada raja. Raja terkejut dan bertanya: “Mana kawan- kawan ku?”. Jawab budak: Allah telah menolongku menghadapi mereka.

Lalu budak tersebut berkata kepada raja: “Kamu tidakmungkin dapat membunuhku sehinggalah kamu menurut apa yang aku minta. Tanya raja: “Apa dia?”. Kata budak: “Engkau kumpulkan semua orang ramai di satu padang, kamu ikat aku di pohon kurma. Kemudian engkau ambil satu dari panahku dan letakkan panah tersebut pada busurnya. Kemudian engkau baca: Dengan nama Allah, tuhan budak ini. Kemudian engkau panahlah aku. Kalau engkau berbuat demikian, kamu akan dapat membunuhku.”

Lalu raja pun mengumpulkan orang ramai di satu padang. Budak itupun diikat pada sepohon kurma. Kemudian diambil satu panah dan diletakkan pada busurnya. Lalu raja membaca: Dengan nama Allah, tuhan budak ini dan terus dipanahnya. Panah tersebut mengenai bawah telinganya. Perlahan-lahan budak tersebut dan terus meninggal dunia.

(Tiba-tiba orang ramai berkata: budak ini mengetahui perkara yang kita tidak ketahui)* “Kami percaya kepada tuhan budak ini.”

Raja manjadi kelam kabut dan mengatakan “Telah berlaku apa yang aku tak mahu ianya berlaku.lalu raja menyuruh digali parit-parit dilaluan-laluan orang ramai dan dinyalakan api di dalamnya. Sesiapa yang lalu akan diarahkan supaya kembali semula kepada agama asal.jika tidak akan dicampakkan ke dalam parit tersebut.

Lalulah seorang wanita dengan seorang anak kecilnya (bayi). Wanita tersebut gementar takut dicampakkan ke dalam api tersebut. Tiba-tiba bayinya bercakap dan berkata kepada ibunya: “wahai ibu, sabarlah, engkau berada di atas kebenaran.”

Berdasarkan hadis ini, kita boleh dapat banyak pengajaran & sebenarnya hadis ini me"reflects" diri & keadaan diri kita sebenarnya. Jika kita boleh amati, ghulam itu sebenarnya menggambarkan kita generasi muda, yang bersemangat untuk belajar. Sihir pula ialah sama seperti sains & teknologi yang tampak lebih gah & dibangga-banggakan pada zaman ini. Rahib pula adalah ibarat naqib naqibah atau sesiapa yang membawa & menyampaikan ajaran Islam. Raja pula ibarat Barat yang memegang tampuk dunia pada ketika ini. Jadi, berdasarkan hadis diatas, jika direnung & diambil iktibar, kita sebagai generasi muda patut menegakkan syiar Islam tanpa rasa gentar melainkan hanya kepada Allah SWT. Namun pada zaman ini, kita (generasi muda) telah dibutakan oleh kecanggihan sains & teknologi, dialpakan dengan hiburan, dilalaikan oleh kesibukan dunia, mengajar jumlah 'A' yang banyak dalam peperiksaan. Kita lupa malahan mungkin juga tidak tahu apa tujuan Allah hidupkan kita di muka bumi ini. Tidak lain, hanya untuk beribadah & menjadi khalifah di muka bumi. Sedarlah wahai generasiku, kita telah diserang, malahan mereka telah berjaya mencorak kita, sebagai anak2 yang sayangkan bangsa & negara, tetapi tidak agama. Kita sibuk dengan study, hiburan, muzik, sukan, games, tv, facebook & sebagainya. Tapi kita tidak peduli, malah tidak ambil tahu tentang saudara seagama yang diseksa kejam oleh kafir laknatullah. Sedarlah wahai pemuda pemudi, umur kita tiada siapa yang tahu akhirnya. Jangan guna alasan masih muda untuk terus hanyut & alpa. Gunakan masa muda, semangat muda ini untuk berjuang demi agama. Kita semua saudara. Saudara sesama Islam. Tanpa mengira suku, kaum, bangsa, warna kulit, negara asal & sebagainya. Kita mungkin tidak mampu untuk pergi ke Gaza & berperang bersama mereka, menuntut kebebasan. Kita juga mungkin tidak mampu untuk menyuruh kuasa2 besar untuk menghentikan kekejaman mereka. Tetapi sebagaimana halusnya cara mereka merosakkan akidah kita, begitu jugalah kita boleh membantu menyelamatkan saudara seIslam di dunia ini. Tahukah kita semua, bahawa kita juga sebenarnya telah membantu orang kafir menyerang saudara kita? Kita mungkin tidak sedar, betapa kita telah menyumbang besar kepada ekonomi orang Yahudi dengan membeli & menggunakan barang2 keluaran syarikat yang memberi 'share' kepada Yahudi sehingga mereka dapat membina kediaman mewah di tanah Palestin yang mereka duduki secara haram. Astaghfirullah..Kita juga terbabit sama sebenarnya. Jadi, sekecil2 usaha yang boleh kita lakukan untuk melumpuhkan ekonomi mereka ialah dengan memboikot barangan mereka. Tidak perlu susah2 untuk memboikot terlalu banyak barangan, cukuplah kita mulakan dengan 4 jenama ini dahulu..

InsyaAllah, dengan istiqamah, ekonomi Yahudi akan dapat dilumpuhkan. Dan ingatlah, Allah sentiasa bersama orang2 yang menegakkan syiar Islam. InsyaAllah..

19 April 2011

Sakitnya..

Hari ni, kitorang pergi buat medical chekup di NCI Hospital, Nilai. Sebab JPA dah bising2 nak result medical checkup tu, dan nak tunggu kolej bawa, asyik tangguh je, jadi kami pun pergi la sendiri. Nak dijadikan cerita, hospital tu memang cantik. Tapi macam kekurangan kakitangan. Sebab urusan kami yang simple memang jadi lambat. Makan masa. Bayangkan nak bayar pun kene tunggu lama. Bukan nak condemn, cuma sebagai sebuah hospital swasta, sepatutnya tahap kecekapannya jauh lebih baik daripada hospital kerajaan. Kemudahan memang tip top, cuma kecekapan yang kurang. Mungkin boleh diperbaiki lagi. Satu lagi cerita menarik, masa ambil darah, ada seorang lab assistant (perempuan) yang tolong cucuk. Tapi dari mula dia dah menggeletar. Nak ikat tali pun tak betul. Memang kelam kabut. Bukan nak kata apa, mungkin orang baru, tapi itu bukan alasan untuk tidak ada keyakinan diri masa ambil darah. Sampai lebam tangan dibuatnya. Ini pun mungkin boleh diambil perhatian oleh pengurusan hospital. Sekali lagi, bukan nak mengata, tapi tanap komen, kita takkan tahu apa kelemahan kita. Sebagai sebuah hospital swasta yang mengenakan kos tinggi kepada pesakit, wajarlah pesakit menerima rawatan terbaik. Semoga lebih bagus pada masa akan datang.

16 April 2011

Aku bukan boneka..

Pernahkah kita terfikir, selama kita bersahabat, berkawan, mengenali pelbagai ragam orang disekeliling kita, akhirnya kita jatuh ke lembah yang sunyi? Jarang barangkali.. Hanya orang macam saya yang selalu merasakan begitu..


Saya ada seorang sahabat yang telah lama saya kenal. Orangnya baik, berterus terang, cuma terlalu lain dari yang lain. Kalau dia tidak suka seseorang, dia takkan tegur orang tu. Pendek kata, macam perang dingin la. Cuma bagi saya, kadang2 benda tu kecil sahaja, tapi seolah2 dibesar2kan. Dan saya pun tak pernah menegur, cuma mendengar tiap kali dia bercerita atau melepaskan rasa tak puas hatinya.


Sebenarnya, dulu saya pun pernah dimusuhinya. Perkara yang dimarahinya tu pun bagi pendapat saya macam tak patut. Sepatutnya, sebagai rakan, dia lah yang patut menasihati saya @ menegur jika saya ada buat salah, tapi tidak. Dia pula yang memarahi saya. Masa tu, saya betul2 tertekan. Setiap hari saya menangis mengenangkan dia yang tidak lagi menyapa saya bila bertemu. Memang tertekan sangat. Allah & seorang sahabat sahaja yang tahu betapa saya tertekan waktu itu.


Bila saya makin tabah menerima pelakuannya terhadap saya, dengan mudahnya dia datang berkawan semula dengan saya. Pada mulanya saya malas nak layan, tapi bila mengenangkan sahabat, saya maafkan juga. Saya ingatkan perkara tu takkan berulang lagi. Rupa-rupanya saya silap.


Sekali lagi saya diperlakukan sedemikian rupa sekarang ni. Cuma bezanya, saya tidak tahu kenapa. Apa salah saya? Setiap hari saya berfikir, saya ni seakan2 boneka. Bila disukai, saya didampingi. Bila tak suka, saya dicampak ketepi. Saya bukan boneka. Saya juga manusia. Punya hati. Punya perasaan. Jika saya pernah mengguris hati, apa salahnya jika berterus terang? Kita bukan bersahabat baru sehari dua. Tapi sudah bertahun2. Selama ni, macam2 kita lalui bersama. Apa yang saya tidak pernah lakukan untuk dia? Saya cuma terkilan perkara ni berlaku lagi sekali. Alhamdulillah saya sudah tidak tertekan seperti dulu. Doa saya agar Allah buka pintu hatinya. Amin..

11 April 2011

I'm coming..

Alhamdulillah akhirnya dah boleh jawab kalau ada sesiapa tanya masuk universiti ape..Alhamdulillah Allah dah tetapkan aku di Yenepoya University, Mangalore, India.

Apa yang Allah tetapkan itu adalah yang terbaik untuk hambanya.

Aku dah contact senior disana. Dah dapatkan sedikit view tentang lifestyle kat sana, food, hostel, environment, waktu belajar, kuliah, cuti yang tak banyak dan sebagainya.

Kitorang pun dah jumpa ejen yang akan uruskan segala masalah kitorang dekat sana nanti. Wakil ejen tu pun dah cerita macam2 pasal environment kat sana. Memang exciting & dalam masa yang sama agak nervous.

Pape pun, jauh berjalan, luas pemandangan. Hehe. Alhamdulillah.

InsyaAllah, ni lah antara pemandangan yang aku akan lihat selama 5 tahun 6 bulan di sana..




04 April 2011

Demam..

Ya. Aku demam. Simptom yang hanya bermula dengan sakit tekak, melarat jadi batuk, hilang suara, seterusnya selsema akibat sejuk dalam aircond, pening kepala sampai rasa nak tidur je..Kesimpulannya, aku demam..

Hmm..aku call mak, mak buat dek je..huhu..mungkin tak nak terlalu risau. Aku pun tak telefon dengan niat nak buat mak risau. Cuma mengkhabarkan perihal diri yang demam. Huhu.. Tiba-tiba aku terfikir, kalau aku di luar negara, agaknya apa perasaan aku bila demam ye. Mesti susah nak kebah sebab ditambah dengan demam rindu. Pada keluarga disini.

Jari ni rajin nak menaip, tapi otak pulak dah tak boleh nak berfikir. Huhu.. Katil seakan memanggil-manggil aku untuk tidur. Tapi aku masih perlu ulangkaji. Kannada pagi esok, Tamil petangnya. Haih..

03 April 2011

Aktiviti hujung mingguku..

pergi SMAP Labu, tolong Cikgu Diana coach netball players..

walaupun minggu depan test, aku sanggup korban demi cikgu & kecintaan terhadap netball selain dapat kongsi ilmu..

vandalism by medec..

tengok rumah baru Cikgu Diana yang super duper cantik warnanya..

and mencari ketenangan di atas bukit bersama Ain & Fei Jing..

Apabila ujian Allah datang..

Alhamdulillah masih berkesempatan untuk menulis dalam kesibukan mengulangkaji pelajaran untuk test yg akan datang..

Pernah x kita fikir kenapa ada masa kita gembira, ada masa kita sedih, dan macam2 perasaan lagi? Sebab Allah sedang menguji kita..Adakah kita ingat Dia semasa kita gembira, atau hanya ketika sedih? Dan pernah kah kita rasa nikmatnya ujian Allah itu? Mesti sukar nak rasa nikmat ujian..

Bila kita sedih, kita merintih dan merayu pada Allah..Sebenarnya Allah juga merindui rintihan kita..pujian kita kepadaNya..bila kita ditimpa musibah, kita bergantung harap pada Allah. Allah sentiasa mendengar rintihan hambaNya. Tapi janganlah hanya ingat Allah semasa kita susah..

Setiap apa yang Allah tentukan itu adalah yang terbaik untuk kita..Kita tidak boleh rasa menyesal atau terlalu merendah diri, sebaliknya yakinlah bahawa setiap kelemahan dan kelebihan kita adalah yang terbaik buat kita..Jangan terlalu mendabik dada, sebaliknya belajar untuk berkongsi ilmu dan membantu sahabat yang hanyut..

Kita selalu lupa akan nikmat yang Allah beri pada kita..Bila satu hari nikmat itu Allah tarik, baru kita sedar betapa besar nikmat Allah itu pada kita dan betapa kita perlu nikmat itu..Orang yang tidak pernah menghargai nikmat Allah itu sebenarnya sangat rugi..

Nukilan ini sebagai satu peringatan terhadap diri sendiri & juga sesiapa yang membacanya. Mungkin inputnya simple, tetapi ambillah pengajarannya.. InsyaAllah..

23 March 2011

Rindu..

Sudah hampir sebulan berada di KTT, aku merindui insan-insan yang banyak mempengaruhi hidupku di Sunway dulu. Sakinah, Ustazah, Juni, Kak Auni, Kak Shira, aku merindui kalian..

Alhamdulillah sepanjang berada di KTT, macam2 pengalaman baru aku tempuh. Kawan2 baru. Cara hidup yang baru. Kalau di Sunway makan sekali sehari, disini aku boleh makan 2/3 kali sehari. hehe.. Kalau di Sunway, aku agak takut untuk keluar rumah kerana keselamatan yg tidak terjamin, disini aku bebas keluar masuk rumah kawan2 sesuka hati tanpa perlu takut apa2. hehe.. Kalau di Sunway dulu aku perlu bangun & bersiap awal untuk menaiki bas ke kolej, menempuh kesesakan lalulintas di mana perjalanan yg sepatutnya mengambil masa 15 minit menjadi 1 jam. Tapi disini aku tidak perlu bersusah payah kerana kelas hanya berada di tingkat bawah hostelku..(^^,)

Namun, semua benda di dunia ni ada kebaikan & keburukannya. Tidak tepat andai aku katakan ia sebagai keburukan, sebaliknya lebih manis & tepat jika aku katakan ia sebagai kekurangan. Kekurangan yang bagus untuk pelajar. Shopping mall. Ya. Disini tiada shopping mall seperti di Sunway. Huhu.. Yanag ada hanya Giant & Tesco yang terletak jauh di bandar Nilai. Tapi walau apa pun, aku bersyukur..Alhamdulillah..

Ada banyak lagi yg ingin aku kongsi, tapi buat masa ini, rasanya cukup setakat ini, insyaAllah akan ada banyak lagi yang ingin aku ceritakan. Assalam..

27 January 2011

Terima kasih sahabat..


Saya terpukul mendengar kata-kata seorang sahabat saya yang jauh diperantauan. Allah SWT telah memberikan saya seorang sahabat yang setia, yang sanggup menasihati diri ini dari terus lena dibuai mimpi. Terima kasih Allah..

Saya rasa terpukul kerana nasihat itu dahulu nya saya yang beri. Tapi sekarang nampaknya saya sendiri yang melakukannya. Benar katanya. Benar apa yang saya nasihati dulu. Alhamdulillah dia masih berpegang teguh pada nasihat itu. Malangnya, saya, si pemberi nasihat yang telah terlupa. Jauh tersesat di jalan yang terang. Jalan yang dahulunya saya sendiri telah suluh. Dengan ilmu dan iman. Ampunkan diri ini Ya Allah..

Masa dan keadaan sekeliling benar-benar menguji iman kita. Jika dahulu di sekolah, ada banyak program & peraturan yang diwujudkan, berjaya mengawal diri kita dari melakukan kemungkaran. Namun, sebaik sahaja kaki melangkah keluar dari alam persekolahan, diri sendirilah yang sepatutnya mewujudkan program & peraturan itu. Peraturan agar diri selamat melalui liku-liku hidup. Agar dapat sampai ke tempat yang sepatutnya. Syurga.

Dalam perjalanan itu, saya akui bukan mudah. Sangat sukar. Teramat payah. Andai tiada peraturan untuk diri sendiri. Hanya nasihat yang diperlukan agar diri tidak tersalah lorong. Tidak tersesat. Namun untuk nasihat itu datang, diri sendirilah yang perlu sedar dahulu. Nasihat boleh didapati dimana-mana sahaja. Waima di dinding-dinding pun ada nasihat. Tanpa perlu manusia sendiri yang menuturkan. Hati perlu ikhlas. Menerima pandangan manusia lain. Percayalah tiada siapa yang lebih mengenali diri sendiri melainkan orang lain. Terutama sekali sahabat & keluarga. Buka hati untuk sabar mendengar. Buka akal untuk memikirkan nasihat tersebut. Jika nasihat yang baik, ikutlah. Dan begitu juga sebaliknya.

Terima kasih sahabatku yang banyak memberi teguran. Aku akui diri ini sangat banyak terlupa. Terlupa akan janji & nasihat yang aku tuturkan sendiri. Andai tiada sahabat yang menegur, pasti aku sudah jauh tersesat dalam perjalanan menuju Jannah.


Alhamdulillah..Semoga Allah kekalkan ikatan persahabatan kita..


25 January 2011

Innama a'malu bin niat..


Amirul Mukminin Abi Hafsh Umar bin Khattab ra. berkata,
Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, "Sesungguhnya amal perbuatan itu disertai niat dan setiap orang mendapat balasan amal sesuai dengan niatnya. Barangsiapa yang berhijrah kerana Allah SWT dan RasulNya maka hijrahnya itu menuju Allah dan RasulNya. Barangsiapa berhijrah kerana dunia yang ia harapkan atau kerana wanita yang ingin dikahwininya maka hijrahnya itu menuju yang ia inginkan."
[Hadis pertama dalam hadis 40. Diriwayatkan oleh Abu Abdullah Muhammad bin Ismail bin Ibrahim bin Mughirah bin Bardizbah Al-Bukhari & Abul Husain Muslim bin Al-Hajjaj bin Muslim Al-qusyairi An-Naisaburi.]

Saya teringat usrah pertama bersama Kak Syirah. Niat menjadi persoalan utama. "Kenapa join usrah?" "Best ke usrah ni?" "Tak ganggu masa study ke?"

Mulut terkunci. Hati berkata-kata. "Kenapa aku join usrah ek?" "Oh, sebab kawan ajak kot."
Itu jawapan jujur dari hati. Astaghfirullah..betapa dungunya saya ketika itu.

Setelah beberapa ketika, rindu ingin bersua Kak Syirah. Usrah kedua ditetapkan. Alhamdulillah, saya makin faham kenapa perlu usrah. Kerana manusia mudah lupa.

Dulu, waktu di sekolah, sudah menjadi tanggungjawab untuk menyampaikan usrah. Atas nama jawatan. Waktu itu, "skrip" ustazah atau ustaz yang disediakan. Cuma tinggal menambah perasa sebelum dihidangkan kepada rakan2 di dorm. Walaupun begitu, ruang dan peluang itu dirasakan berharga sekali kerana kita yang mula2 tahu ilmu itu & diterima langsung dari ustaz dan ustazah pula. Memang beruntung.

Kali ini, kita yang menjadi pendengar. Menerima input ini memang kadangkala membosankan. Lalu, pelajaran hadis yang pertama menyedarkan diri dari lalai. Niat. Jangan sesekali kita abaikan niat kita. Setiap apa yang kita kerjakan itu mesti berniat. Contohnya, mak memasak di dapur. Kenapa? Niatnya hanyalah supaya keluarga dapat menikmati hidangan yang sihat & lazat, supaya tubuh badan sihat untuk beribadah kepada Allah SWT. Begitulah sebagainya.


Bercerita tentang niat, ramai anak muda sekarang makin lalai. Kenapa kita perlu ada Facebook contohnya? Bagi saya, dengan Facebook saya dapat berhubung semula dengan rakan2 yang dah lama tak bersua. Bukan tidak boleh berhubung melalui saluran lain, cuma rata2 semua rakan mempunyai akaun Facebook. Jadi, Facebook adalah saluran yang paling mudah untuk terus kekal berhubung dan saling nasihat-menasihati.

Begitu juga dengan blog, salah satu cara saya dapat mengutarakan pandangan & pendapat dalam pelbagai hal. Melalui blog rakan2 juga saya dapat meng"update" aktiviti mereka.

Menyentuh mengenai saluran sosial, ramai dari kalangan kita alpa dengan kecanggihan teknologi ini. Sebagai Muslim, kita lupa tujuan dan matlamat kita. Seperti juga saya sebelum ini yang lupa apa tugas sebenar Muslim. Nasihat-menasihati ke jalan benar. Tiada siapa mahu ke neraka. Tapi jangan sombong & lupa diri, mahu masuk syurga sendiri. Ajak seberapa ramai Muslim turut serta ke syurga. Bukan mudah, tetapi juga bukan sukar. Ayuh berubah!


Baginya (manusia) ada malaikat yang selalu menjaganya bergiliran, dari depan & belakang. Mereka menjaganya atas perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak akan merubah sesuatu kaum itu sebelum mereka mengubah nasib mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki keburukan terhadap sesuatu kaum, maka tak ada yang dapat menolaknya dan tidak ada pelindung bagi mereka selain Dia. [Ar-Ra'd:11]

Nasihat-menasihati lah sesama kita. Andai saya juga terlupa, ingatkan saya.

24 January 2011

Aku merinduinya..

Ada 1 drama korea yang aku tonton tiap hari. Tapi selalu terlepas juga sebab ada hal2 yang tak dapat dielakkan. Tajuk dram tu, Thank You. Menurut Juni, drama tu sebenarnya dah lama. Maknanya, dah lama diterbitkan. Cuma baru sekarang disiarkan di Tv3. Tak mengapa. Lama ke baru ke, aku tetap suka tonton drama Korea.

Ini la drama yang dimaksudkan.

Aku suka jalan cerita drama tu. Sebab, ia bukan pasal cinta semata2. Tapi, watak utama nya ialah seorang budak perempuan yang menghidap AIDS. Budak perempuan tu comel sangat. Tapi sayang, mak dia rahsiakan siapa ayah kandung dia. Sebab ayah dia tu kaki perempuan. Paling sedih, dia dapat AIDS disebabkan kecuaian seorang doktor mengtransfer darah. Doktor yang rasa bersalah sangat tu pula meninggal tak lama lepas tu dek menanggung rasa bersalah yang amat sangat. Sadis sungguh cerita tu.

Sekarang, cerita tu baru masuk episod 13. Jadi, aku pun tak tahu kesudahan dia. Tapi, 1 benda tentang drama ni yang meruntun hati ialah mengenai AIDS. Aku teringat arwah pakcik aku. Dia pun menghidap AIDS semasa hayatnya dulu. Aku pernah tinggal bersama nenek dan atuk semasa darjah 6. Masa tu, arwah pakcik pun ada. Dia baru dibebaskan dari pusat pemulihan. Masa tu makcik aku beritahu yang arwah ada AIDS. Tapi kami semua tak sisihkan dia. Kami layan macam biasa. Aku ingat lagi ada 1 hari, baru balik dari sekolah, tak tukar baju pun lagi, terus pergi dapur tolong nenek & atuk buka plastik minyak nak tuang dalam botol. Sebab terlalu gelojoh, aku terhiris jari sendiri. Sakitnya Allah sahaja yang tahu. Aku pun menangis la sekuat hati. Dah la sakit, kena marah lagi tu dengan nenek.

Arwah la yang tolong balutkan luka. Masa tu mula la terfikir kemungkinan berjangkit. Maklum la, budak2. Tak cukup ilmu. Lama juga fikir macam tu. Tambah2 dapat tahu yang penyakit tu hanya boleh ketara selepas 5 tahun dijangkiti. Tapi alhamdulillah tak ada apa2. Huhu.

Ingat lagi, petang tu, baru balik dari sekolah, rasa pelik kenapa semua adik-beradik ada dalam kereta. Tak pernah abah datang ambil dengan mak, ini kan pula dengan semua. Masuk kereta, semua tengah menangis. Mula2 tak ada siapa nak jawab soalan aku. Kemudian baru tahu arwah pakcik dah tak ada lagi. Paling sedih, tak ada siapa pun yang boleh sentuh jenazah. Memang sedih sangat bila dia yang kita sayang pergi dalam keadaan macam tu.

Cikgu kan dah pesan, drug is bad..

Walaupun dah lebih 7 tahun arwah pergi, aku selalu ingat dia. Ingat arwah atuk. Arwah memang sangat rapat dengan anak2 buah. Dia pandai layan kami yang waktu tu masih kecil. Sayang, bahana pengaruh kawan, dia terjerumus adalam najis dadah. Walau berulang kali keluar masuk pusat pemulihan, sampai la akhirnya dibuang daerah, aku tetap sayang kamu, pakcik ku..

Kepada sesiapa yang mempunyai ahli keluarga yang menghidap AIDS, jangan sesekali sisihkan mereka. Jangan khuatir, kerana penyakit itu bukan mudah berjangkit. Hargai mereka selama mereka masih berada bersama kita. Mereka mungkin tersilap langkah, tapi memaafkan itu lebih baik dari terus menghukum.


Aku rindu kamu, pakcik ku, Zainal Abidin bin Musa..Semoga kau ditempatkan bersama orang2 beriman..Al-fatihah..