25 March 2012

Ini Sejarah Kita

Assalamualaikum wbt.

Setelah sekian lama meninggalkan dunia blog, saya kembali atas dasar 'mengingati sesama manusia'.

Err..kenapa nak sibuk mengingati pulak eh? Kan kubur lain2. So, pandai2 la jawab dengan malaikat dalam kubur nanti.

Hmm..kalau macam tu, kenapa mak ayah kita sibuk2 nak jaga kita masa kita kecil ye? Kenapa tak dibiarkan sahaja kita membesar sendiri? Kenapa sibuk pula mak ayah bertanya itu ini setiap kali kita pulang ke rumah? Jawapannya ada dalam Al-Quran. Dan ini jugalah sebab mengapa saya menulis disini.

Alhamdulillah Allah telah memberi kesempatan untuk saya bertemu insan2 istimewa dalam hidup. Terlalu ramai sehinggakan tidak cukup sekadar ucapan syukur. Harus ada balasan yang patut saya lakukan. Terdetik dalam hati andai Allah tidak menemukan saya dengan insan2 ini, entah kemana saya akan hanyut. Hanyut dalam kehidupan tanpa kenal dan faham tujuan penghidupan yang sebenar-benarnya.

Ya, tujuan hidup. Anda semua pernah terfikirkah apa tujuan hidup kita? Kenapa Allah jadikan manusia di atas muka bumi ini? Kenapa ada haiwan, tumbuhan, hujan, gunung, lautan, dan semua benda disekeliling kita? Kenapa tidak dijadikan makhluk lain? Kenapa tidak diangkat sahaja malaikat mentadbir bumi?

Persoalan- persoalan ini mungkin tidak pernah difikirkan oleh mereka yang leka dengan nikmat duniawi. Mereka yang lalai dalam hidup merasakan segalanya indah dalam hidup dan merasakan cukup baginya kemewahan atau mungkin terlalu sibuk dengan perkara2 lagha, menyanyi mungkin, berlakon, atau perbuatan sia-sia. Atau seperti kita yang sedari kecil di doktrin supaya belajar sampai ke menara gading. Jadi hari ini mungkin kita seperti robot yang mengulangi rutin harian yang sama setiap hari. Atau terlalu sibuk menelaah sehingga terlepas waktu solat. Nauzubillah.

Graf ISK

Berbalik kepada persoalan tadi, apakah tujuan penciptaan manusia? Jawapannya telah lama Allah titipkan didalam Al-Quran. Lihat Surah Az-zariyat, ayat 56. Anda akan menemukan jawapannya.

Subhanallah, ini rupanya tujuan kita diciptakan. Perkataan 'melainkan' itu sendiri sudah cukup kuat untuk menunjukkan bahawa tiada tujuan lain, hanya itu sahaja tujuan manusia diciptakan.

Ooo..itu je ke..I solat penuh je, puasa bulan Ramadhan pun penuh, haji tu nanti bila da tua I pergi la.. Kira I ni dah menjalankan apa yang Allah suruh la kan..

Hmm..Sebenarnya, ini lah pemikiran masyarakat kita sekarang. Bilamana sudah melakukan yang wajib, dirasakan diri telah layak masuk syurga. Ya, syurga neraka dosa pahala itu di tangan Allah, tetapi jika hanya itu tugas manusia, kenapa perlu usrah? Mengapa perlu ceramah? Daurah? Forum perdana? Dan sebagainya?

Aah la,,kenapa ek??

Ha..cuba lihat Surah Al-Baqarah, ayat 30. Anda pasti menemui jawapannya.

Eh, tapi....eeerrrr...macam susah je...eeeeiii taknak la..I ni bukan pandai nak main2 politik ni..

Sebelum kita mudah menolak dengan berbagai2 alasan, adakah kita faham maksud khalifah itu sendiri? Khalifah dari segi bahasa bermaksud pemimpin atau pengganti. Jadi adakah umat Islam semuanya perlu masuk politik dan jadi perdana menteri? Begitukah? Jika yang menjadi PM itu faham islam alhamdulillah, sudah pasti tertegak negara islam. Tapi sebelum ingin membuka kota, eloklah dibersihkan dahulu hati2 rakyatnya. Agar semuanya faham dan tahu kemana arah tuju negara itu. Peranan umat islam sebagai khalifah itu bukan susah sebenarnya. Dengan mengajak kawan solat bersama pun sudah kira menjalankan tugas khalifah ini.

Lasso adalah 1 gelung tali yang yang direka untuk akan dilemparkan di seluruh sasaran dan mengetatkan apabila ditarik. Ia adalah satu alat yang terkenal dalam koboi Amerika.

Bagi yang tidak faham dengan gambar di atas ni, mungkin boleh bertanya kepada mereka yang join usrah :)

Sekadar renungan bersama, selepas kewafatan Rasulullah, dimana ketika itu jenazah baginda masih belum dikuburkan, para sahabat telah pun bersyura untuk melantik khalifah menggantikan Rasulullah SAW. Begitulah pentingnya khalifah kepada umat islam.

Marilah sama-sama kita muhasabah diri dan cuba faham tujuan penghidupan kita. Ambillah masa sejenak untuk duduk memikirkan hal ini. Selangkah anda menuju Allah seribu langkah Allah menuju anda.

"Maka apakah kamu mengira bahawa Kami menciptakan kamu main-main (tanpa ada maksud) dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada kami?" (Al-Mukminun : 115)

p/s : Maaf kepada yang telah lama menanti post ni, terlalu sibuk dengan hal duniawi sehinggakan alpa dengan tugas ini. :'(