22 November 2014

After A Year Without Entry

Banyak benda jadi dalam masa setahun daripada last entry yang lalu. Jujurnya aku tak tahu nak tulis apa. Tapi lepas baca buku Catatan Mathlutfi, aku tergerak nak tulis balik. Sekarang ni tengah musim exam. Ada kolej yang dah start final exam, kolej aku lagi seminggu baru start Mock Exam. Bulan 1 baru Final insyaAllah. 

Dalam setahun ni sebenarnya banyak sangat benda jadi. Dari bertudung biasa, kepada tudung labuh, dan kembali ke tudung biasa balik. Ya, aku memang susah nak istiqomah. Kadang bila rasa susah, baru nak cari Allah, nak solat sunat, nak jaga segala-gala lah masa tu. Tapi bila masa senang aku lupa Allah, tak solat sunat, kadang-kadang hati tu rasa busuk sangat. Aku lupa nak rasa bersyukur dengan semua benda yang aku ada. Aku selalu marah bila tak dapat apa aku nak, sampai rasa Allah tak adil sebab tak bagi benda tu kat aku.

Tapi aku lupa hidup aku senang, duit sentiasa ada, makan cukup, pakaian cukup, belajar oversea, mak ayah still hidup, kawan-kawan ramai, belajar pun ok je setakat ni, apa lagi tak cukup? Aku lupa ada malaikat pencatit kiri kanan bahu aku. Lupa Allah 24jam perhati aku. Aku hidup seolah-olah aku yang tentukan hidup sendiri. Lupa Allah dah susun hidup aku dari aku lahir sampai mati. Cuma aku lupa syukur. So harini selepas setahun tanpa entry, aku nak ucap syukur alhamdulillah Allah masih bagi aku peluang hidup untuk sedar tanpa Allah aku ni takde pape. so, Alhamdulillah ya Allah untuk hidup ini..

No comments:

Post a Comment