21 September 2012

Syahadah Itu Besar Nilainya


Alhamdulillah semalam saya diberi peluang & kesempatan sekali lagi berbulatan gembira bersama kakak-kakak terchenta. Walaupun kami berada dalam bulatan yang baru, tapi kami telah lama kenal satu sama lain & insyaAllah tiada masalah untuk terus berbulatan gembira. Murabbi kami memulakan bulatan dengan bercerita tentang sahabat Rasulullah SAW yang semasa jahiliyahnya seorang yang sangat handsome, kacak, wangi, sangat kaya, sangat disayangi oleh ibunya. Namun setelah islam, sahabat itu meninggalkan segala-gala kesenangan dunia dibelakangnya. HInggakan sewaktu ingin dikafankan, kain itu tidak cukup untuk menutupi seluruh tubuhnya. Hebatnya sahabat ini sehingga dilantik Rasulullah SAW sebagai duta ke Yathrib (Madinah). Dan tiada satu rumah pun yang tidak diketuk olehnya. Demi menyampaikan syahadah, beliau sanggup meninggalkan hatta ibu  yang dikasihinya.

Jika kita perhatikan, yang dibawa oleh sahabat itu hanyalah ungkapan “Asyhaduallailahaillallah” “Muhammadurrasulullah”. Maka apakah yang menjadi daya penolak kepada sahabat itu untuk meninggalkan segala karat jahiliyah yang setelah sekian lama sebati dalam dirinya & berjaya pula membentuk sahsiah yang sangat osem itu?

Most of us islam sejak dilahirkan lagi. Kita islam sebab ibubapa kita islam. Ibubapa kita islam sebab atuk nenek kita pun islam. Dipendekkan cerita, kita islam sebab keturunan. Jadi apakah anak-anak kita nanti islam juga hanya kerana kita islam? Tahukan kita bahawa kita sangat beruntung kerana telah islam sejak lahir lagi? Tahukah kita betapa kasihannya orang lain yang lahirnya bukan sebagai islam? Kita patut bersyukur kalimah syahadah itu telah didendangkan ke telinga kita sebaik sahaja kita keluar daripada rahim ibu. Kerana kalimah itu sahaja yang boleh menyelamatkan kita daripada kesesatan di bumi ini.

Apa ada pada kalimah syahadah ini sehingga boleh menyelamatkan kita? Kesaksian kita bahawa Allah satu-satunya Tuhan yang layak disembah & Nabi Muhammaad itu pesuruh Allah. So? Cuba bayangkan analogy ini. Pada suatu petang yang hening, banyak burung gagak bertenggek di wayar telefon depan rumah anda. Sedang anda menikmati udara petang yang nyaman itu, anda terlihat seorang pakcik sedang melintas jalan. Dan tanpa melengahkan masa, sebuah motor yang ditunggang laju telah memecut & melanggar pakcik itu. Disebakan panic, penunggang motor itu pun blah meninggalkan pakcik itu yang dah berlumuran darah & terbaring di atas jalan. So, anda sekarang adalah saksi bagi kejadian langgar lari itu. Sebagai saksi, anda mempunyai tanggungjawab untuk memberitahu pakcik polis yang datang untuk menyiasat kejadian itu. Namun sebagai manusia, anda mempunyai pilihan untuk memberitahu pakcik polis atau tidak. Jika anda memilih untuk menceritakan kisah sebenar, mungkin hak pakcik itu boleh terbela. Namun jika anda memilih untuk berdiam diri, bukan sahaja anda tidak membela nasib pakcik itu, anda juga mungkin dihantui dosa.

Begitu jua syahadah. Penyaksian kita bukan hanya pada lidah. Namun apa yang kita pakai, apa yang kita ucap, apa yang kita lakukan sehari-harian, itulah yang mereflect syahadah dalam hati kita. Dari cara kita bangun tidur, cara mandi, berus gigi, berpakaian, solat, puasa, zakat, haji, belajar, berhibur, bercakap, berinteraksi, mengisi masa, tidur, dan segala perbuatan kita seharian itulah yang mencerminkan syahadah dalam diri. 

Syahadah yakni hubungan kita dengan Allah itu terjalin dalam 3 tema penting. pertama, mahabbah (kasih sayang).  “Wahai orang yang beriman sesiapa antara kamu yg berpaling tadah dari agamanya(murtad) maka Allah akan mendatangkan satu kaum yang Ia (Allah) kasihkan mereka dan mereka juga kasihkan Dia, mereka pula bersifat lemah lembut terhadap orang2 yg beriman, berlaku tegas terhadap kaum orang kafir, mereka berjuang pada jalan Allah dan tidak takut dengan celaan orang yang mencela, yang demikian itu ialah limpah kurnia Allah kepada sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas Kurnianya lagi Maha Mengetahui. " (5:54) 

Dalam ayat ini Allah menggariskan ciri-ciri mereka yang mencintai Allah & Allah pun mencintai mereka. Iaitu mereka yang : 
- lemah lembut terhadap orang beriman
- tegas terhadap orang kafir
- berjuang pada jalan Allah
- tak takut celaan mereka yang mencela
Jika kita mahu mencintai Allah & dicintai Allah, kita haruslah memenuhi ciri-ciri yang disebutkan di atas. Dan sahabat Rasulullah yang sanggup meninggalkan segala-galanya itu mempunyai ciri-ciri itu.

Kedua, ijarah (jual beli). Allah SWT berfirman, "Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah kamu Aku tunjukkan suatu perdagangan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih? (Iaitu) kamu beriman kepada Allah dan RAsulNya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui. Niscaya Allah mengampuni dosa-dosamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, dan ke tempat-tempat tinggal yang baik di dalam syurga 'Adn. Dan tiada lagi kurnia yang lain yang kamu sukai iaitu pertolongan Allah dan kemenangan yang dekat waktunya. Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang mukmin." (61: 10-13) Dalam ayat ini Allah swt menawarkan jual beli yang sangat menguntungkan kepada kita, Allah jua yang memberi modal, Allah jua yang memberikan keuntungan kepada kita. Hanya dengan berjual beli dengan Allah, nescaya kehidupan kita selamat dunia & akhirat. Dan berjihad itu bukan dengan sesuatu yang senang, tetapi jihad dengan sesuatu yang sukar bagi kita.

Ketiga, amal. "Dan katakanlah, "Bekerjalah kamu, maka Allah akan melihat pekerjaanmu, begitu juga RasulNya dan orang mukmin, dan kamu akan dikembalikan kepada Allah Yang Maha Mengetahui yang ghaib dan yang nyata, lalu diberitakanNya kepada kamu apa yang kamu kerjakan""(9:105) Beramallah sesuai dengan ilmu yang kita miliki.Ilmu yang kita pelajari bukan setakat untuk menambahkan sambungan ganglion-ganglion dalam otak kita. Bukan sekadar untuk kita masuk dewan peperiksaan dan terbang dengan warna-warninya(flying colours). Sebaliknya ilmu yang kita miliki harus kita praktikkan. Tambah-tambah lagi ilmu agama, kerana amal itu bekal kita di akhirat kelak. 

Lengkap ketiga-tiga aspek ini, maka lengkaplah hubungan kita dengan Allah SWT insyaAllah. Dan syahadah yang kita dengar sedari kecil itu akan terzahir dengan amal perbuatan kita. Dan sahabat Rasulullah SAW yang kita kenal dari awal tadi ialah Mus'ab in Umair. 



No comments:

Post a Comment