28 September 2012

T I M E


Saya pasti majoriti daripada kita hafal surah Al-Asr. Bahkan kanak-kanak ribena yang riang bermain petang petang di padang atau di bendang kampung di sebelah utara ataupun yang bermain layang-layang di Johor Bahru jika diminta membaca surah ini, sudah pasti dapat membacanya dengan cemerlang sekali. Eh.

 

Ok, dalam bulatan gembira saya tadi, murabbi saya telah memberikan pencerahan tentang surah yang paling pendek ini. Walaupun hanya 3 ayat, Imam Hasan al-Banna telah memperincikan huraian surah ini sepanjang 14 muka surat dalam kitabnya, Tafsir Fi Zilal. Bayangkan betapa dalam huraian yang ditulis oleh beliau walau hanya 3 ayat yang terdapat dalam surah ini.

Dari sini kita dapat lihat betapa penting surah ini sehingga dapat ditafsir sedemikian rupa. Al- Asr sendiri membawa maksud 'masa'. Lalu apakah tentang masa yang sangat penting hingga Allah SWT menciptakan satu surah khusus di mana Allah SWT telah bersumpah dengan masa. Seperti manusia, masa juga makhluk. Ini kerana setelah kiamat, masa tidak lagi wujud. Pasti orang Malaysia semua tahu peribahasa "Masa itu emas". Kalau di Arab, peribahasanya lain pula, "Masa itu ibarat pedang". Hmm jom kita fikirkan sejenak. Jika masa itu ibarat emas, maka ia boleh dijual beli. Tapi telah trang tang tang masa itu tidak boleh dibeli. Jika ia boleh dibeli, pasti semua orang kaya yang sibuk dengan perniagaan mampu membeli masa untuk diluangkan bersama keluarga. Maka tiadalah terjadi masalh anak-anak yang terbiar. Betul kan? Jika masa itu ibarat pedang, maka jika pedang itu tidak digunakan, ia akan 'membunuh' kita. Pada pendapat saya, maksudnya disini, jika kita tidak menggunakan pedang itu sebaik-baiknya, ia mungkin boleh menjadi sia-sia atau boleh sahaja kita pula yang terkena akibatnya. Jadi saya rasa perumpamaan ini lebih baik daripada peribahasa melayu tadi. Tapi tahukah kita bahawa Imam Hasan al-Banna telah mengumpamakan masa seperti kehidupan. Setiap hari yang kita lalui, kita tidak akan mendapatkannya kembali. Setiap saat yang berlalu tidak akan berulang lagi. Jadi saya kira perumpamaan ini lebih tepat untuk menggambarkan kepentingan masa itu sendiri yang tidak boleh dijual beli mahupun kembali semula.

Time flies..

Imam Hasan al-Banna juga telah menjelaskan bahawa tanggungjawab manusia itu sebenarnya lebih banyak daripada jumlah masa yang kita ada. Oleh itu, Allah telah menjelaskan dalam surah ini tentang mereka yang menggunakan masa dengan baik dan juga mereka yang tidak menggunakannya dengan baik. Dalam ayat 2 & 3, Allah SWT meng'highlight' ciri-ciri itu. Siapakah mereka yang beruntung? Iaitu mereka yang 
- Beriman
- Mengerjakan kebajikan
- Saling menasihati untuk kebenaran
- Salling menasihati dengan kesabaran

Kenapa mereka yang beriman itu beruntung? Apabila seseorang itu benar-benar beriman, secara automatik dia faham tentang tujuan penciptaannya. Maka dia tidak akan menyia-nyiakan hidupnya dengan perkara-perkara lagha. Sudah pasti dia akan menggunakan masa yang ada untuk mempersiapkan bekalan ke akhirat nanti. Segala amal soleh pasti dilakukan, segala larangan segera ditinggalkan. Hatinya sentiasa bersih mengingati Allah. Pendek cerita, dia memang sedang 'bercinta' dengan Allah SWT. Sebagai kekasih Allah, pasti dia akan melakukan segala suruhan Allah SWT. Sebagai kekasih Allah SWT, pasti dia sentiasa mahu berdamping denganNya. Sebagai kekasih Allah, pasti dia tahu membezakan antara hak & batil.

Kenapa mereka yang mengerjakan kebajikan itu beruntung? Apabila seseorang itu beriman, maka dia perlu membuktikan keimanan dengan amal soleh. Iman bukan sekadar yakin dengan hati, bukan sekadar pengakuan lisan oleh encik lidah dan mulut sahaja. Tetapi seluruh anggota badan harus bergerak seiring dengan hati & lidah untuk mengesakan Allah SWT. Amalan kebajikan bukanlah sesuatu yang membazir masa sebaliknya jika diambil kira saham pahala yang akan diperolehi, masa itu merupakan satu pelaburan yang sangat sangat maha berbaloi buat bekalan di akhirat kelak.

Kenapa pula mereka yang berpesan-pesan itu beruntung? Jika kita imbas kembali daurah ISK yang kita pernah dapat, pasti kita ingat akan tujuan penciptaan manusia. Beribadah kepada Allah SWT & menjadi khalifah dimuka bumi ini. Salah satu 'lasso' atau kaedah kita sebagai khalifah untuk mengajak seluruh umat manusia untuk tunduk menyerah diri kepada Allah SWT ialah dengan kaedah lisan. Bukan semua pendakwah mampu memberi ceramah ala-ala Dr Zakir Naik yang sudah trang tang tang seorang ilmuan yang pakar dalam bidang perbezaan agama & kepercayaan yang mampu mengislamkan manusia melalui ceramah-ceramahnya. Bukan juga seperti UAI yang mampu menarik ribuan golongan muda mengikuti ceramahnya yang amat lah santai namun berisi. Lalu timbullah alasan "tidak bersedia" , "tidak pandai bercakap" , "tidak banyak ilmu agama" dan sebagainya. Lalu atas jalan apakah yang kita boleh pilih untuk melakukan tugas khaliifah itu tadi? Oleh itu Allah SWT telah menjelaskan bahawa hanya mereka yang berpesan-pesan dengan kebenaran, mereka itulah yang beruntung. Jaidi tidak kesahlah jika anda hanya pesan kepada adik anda untuk pakai tudung sebelum keluar jalan bersama kawan-kawannya atau pesan kepada kawan anda yang tabiatnya berbohong supaya bercakap benar atau apa sahaja pesanan yang baik kepada siapa sahaja, anda sudah tergolong dalam golongan mereka yang beruntung itu. Mudah bukan?

Dan mengapa perlu berpesan dengan kesabaran? Kita selalu dengar sabar itu sebahagian iman. Lalu mengapa sabar itu menjadi sebahagian daripada iman? Apakah signifikannya sabar itu sehingga disamatarafkan dengan keimanan seseorang? Jika anda beriman, anda pasti sabar. Jika anda sabar, anda telah ada ciri-ciri iman itu. Pernah lihat kucing anda berkelahi dengan kucing jiran sebelah rumah? Pasti anda perhatikan kucing-kucing itu akan mengembangkan bulu masing- masing untuk menunjukkan kehebatan masing-masing (mungkin). Kemudian berlakulah aksi serang menyerang, cakar mencakar, gigit menggigit, kejar mengejar dan yang sewaktu dengannya. Cuba bandingkan keadaan kucing-kucing itu semasa ia tidak bergauduh. Comel bukan? Rasa ingin dipicit-picit sahaja perutnya yang boroi itu. Cuba lihat kucing itu semasa gaduh, menakutkan bukan? Jangankan mahu picit, pegang pun belum tentu. Bila dengar bunyi kucing hendak gaduh sahaja, kita lari lintang pukang sebab takut terkena cakarannya. Begitu jugalah manusia apabila tengah marah. Mudah hilang pertimbangan, seperti hilangnya pertimbangan kucing-kucing itu tadi. Lalu banyaklah hasutan syaitan semasa kita hilang pertimbangan itu. Bukan setakat itu erti sabar. Sabar itu boleh dalam pelbagai bentuk. Apabila Allah turunkan ujian, mereka yang beriman akan sabar & redha serta yakin dengan ketentuan Allah SWT. Wallahualam.



Gulp

No comments:

Post a Comment